Wednesday, December 15, 2010

Agar2 Marble


Pertama sekali, umi rasa frust sangat sebab agar2 mable jadi tak berapa mable tapi suami umi pandai 'beli jiwa'...dia cakap 'tak pe sayang, yang penting rasanya sedap'..sejuk terus rasa hati umi...alhamdulillah, bahagia rasanya Allah berikan umi pasangan yang terbaik untuk umi...nazirah pun suka sangat makan...berbaloi rasa...

Saturday, October 23, 2010

Majlis Cukur Jambul Ahnaf


Majlis cukur jambul ini diadakan di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak secara beramai-ramai. ada 5 keluarga yang terlibat dan semua persediaan dilakukan oleh ahli jawatankuasa masjid tersebut. alhamdulillah, ahnaf senyap je dan tak menangis langsung. mungkin sebab ahnaf belum lagi 'kenal' orang. gambar ini umi ambil disekitar majlis berjalan...

dan antara yang hadir adalah mama angkat nazirah iaitu Kak Yang sekeluarga (umi pernah cerita pasal kak yang ni). keluarga umi dan suami jauh so menumpang je kasih, eceh...terima kasih buat kawan2 yang sudi datang...

manja betul nazirah kan?

Monday, September 27, 2010

Tiga bulan


umi tak tau nak cerita apa cuma seronok bila adik umi yang study kat UK tu balik bercuti dan datang stay kat umi..ada pembantu free..hehe. yang lain adalah gmabr terkini ahnaf berusia 3 bulan..so layan la gambar yang ada

Thursday, August 12, 2010

Dua Bulan


cukup umur ahnaf 40hari jadi dengan lafaz bismillah, rambut ahanf selamat dicukur oleh suami umi...sayang tapi takpe la budak lelaki kan? kalau perempuan, tak best gak...ok, kat bawah ni gambar rambut ahnaf sebelum dicukur sebagai kenangan umi...

dan hasil dari cukuran rambut...maka wajah ahnaf jadi macam ni....

cute tak saya?
nazirah yang sentiasa tak nak berenggang dengan adiknya..pemberi semangat kot....

kesian ahnaf, sampai tertido lepas dicukur...tengok la, tido pun macam orang dah 'besar'..ish3x..anak umi dan abi....

Wednesday, August 11, 2010

Usia 2 Bulan : Ahnaf dah botak

Ini adalah gambar sebelum proses pencukuran rambut ahnaf bermula..macam mana rupa ahnaf kalau botak ya?

Nak tengok? Inilah hasilnya...hehe..lain macam plak rasanya...tengok dan nilai sendiri la ya



Ha ni plak aksi akak nazirah yang tak jemu teman ahnaf lepas dicukur..excited



Akhirnya ahnaf tertido..kesian penat sangat agaknya

Friday, July 9, 2010

Ahli Baru Keluarga Kecilku


Alhamdulillah..semuanya selamat...umi dan baby boy iaitu Muhammad Ahnaf bin Mohd Khairolden telah selamat dilahirkan di hospital selayang pada pukul 7.07 minit malam, 010710 (khamis), seberat 2.8kg.


excited sungguh kak nazirah bila dapat baby..tak nak berenggang langsung...semoga kakak nazirah sayang adik ahnaf ya...

Tuesday, June 29, 2010

Monday, June 28, 2010

Selamat Hari Lahir Nazirah


Selamat Hari Lahir Sayang Umi, Siti Khairatul Nazirah yang ke 2 tahun..semoga anak umi menjadi anak yang solehah dan semoga sentiasa di berkati Allah..video selamat hari jadi dari upin dan ipin kegemaran sayang...

Sunday, June 13, 2010

Selamat Pengantin Baru Khairil


Gambar ini diambil masa majlis nikah kawan umi, khairil..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...