Assalamualaikum
Umi nak kongsikan blog-blog yang ingin meletakkan blog-blog mereka untuk diiklan kan atau untuk promosi...buat setakat ini, ada tiga blog yang umi promosikan iaitu :-
Blog 1 : Blog Sustainable FM
Blog in kepunyaan suami umi yang sedang belajar dan ingin berkongsi maklumat serta mendapat maklumat orang ramai berkaitan dengan projek-projek kajian Fasiliti Management. Jadi jika ada antara yang berminat, boleh la singgah ke blog suami umi ini...kira ni moral support untuk suami tercinta...Blog 2 : Blog Zulhomestay
Ini pula adalah salah satu blog ayah saudara suami umi di Terengganu yang menawarkan pakej home stay yang menarik di bandar Kuala Terengganu. Homestay ini amat berdekatan dengan Lapangan Terbang Terengganu. Ini adalah pilihan bagi sesiapa yang ingin bercuti bersama keluarga dan ingin merasai suasana rumah dan bukan hotel sahaja. Terdapat banyak kemudahan dan anda pasti rasa seperti berada di rumah sendiri...Kalau ke Terengganu, jangan segan...jangan silu, hubungi En. Zul Ghani di talian 013-9372219 dan 013-9805504.
Blog 3 : Blog Ryannis Cotton
Blog yang sweet sangat ini adalah blog sahabat umi yang menawarkan jualan kain pasang cotton yang bermutu tinggi, cantik dan coraknya pasti menawan hati. Ada juga baju kurung yang telah disiap dijahit untuk dipilih. Untuk saiz pula, jangan bimbang ada ruangan panduan ukuran baju untuk di rujuk. Jadi, apa tunggu lagi...jom jenguk blog ryannis cotton ini..
Umi akan mengupdate jika ada lagi blog yang ingin umi promosikan...Selamat berblogging...

















No comments:
Post a Comment