Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Thursday, May 21, 2015

Alhamdulillah Syukur

Assalamualaikum
Saban tahun.. malahan setiap tahun semenjak umi berumur 4 tahun pada 1984, kami berkongsi tarikh kelahiran.. 21 hb Mei... Semenjak kecil, bukan menyambut tapi sering mengingati tarikh tersebut... seakan kembar.. walaupun berbeza umur 4 tahun, tapi itu tidak membataskan ukhwah kami sebagai akak dan adik... 

Selamat Hari Kelahiran Adikku, Khairul Anuar... Semoga hidupmu sentiasa di dalam rahmat Allah.. Selamat juga melayari alam rumahtangga yang belum sampai sebulan... doaku sebagai kakak.. sentiasa mengiring setiap langkahmu... jangan bimbang, ikatan kita tak akan putus sampai bila-bila walaupun nyawaku telah tiada...kami semua sayang kamu...

Doa juga buat adikku Khadijah dan Khairani...kasih sayang ini tidak pernah berubah.. malah makin bertambah dan menyerlah...

Monday, May 18, 2015

Roti Mexican Bun

Assalamualaikum...
Akhirnya.. penyakit M umi untuk buat mexican bun kesukaan suami dah terpecah.. betul2 M.. suami umi suka sangat makan.. umi plak teramat la "rajin" nak buat.. tapi semalam..buat jugak.. dah sampai seru kot.. tapi bila dah siap.. alamak, umi yang lebih2 makan.. sekejap jek 3 ketul abis.. hihi.menyesal tak buat awal2.. lain kali memang akan buat..semaerbak bau kopi lebih membangkitkan selera...bagi yang ingin mencuba..meh semak resepinya di Blog kak Zalina...lebih jelas dengan gambar sekali
ini pula tempahan roti kacang merah dan kat bawah ni, tempahan kek buah
Alhamdulillah..syukur

Monday, May 11, 2015

Tahniah adikku Khairul dan Yati

Assalamualaikum
Alhamdulillah..selesai segalanya.. Majlis terakhir dalam adik beradik umi... Cantikkan adik2 umi..

 Majlis pernikahan adik umi, khairul dan pasangannya yati diadakan di Pontian, Johor
 Ahli keluarga kecil umi
Bersama pasangan pengantin
 Kami adik beradik comel dan ceria...umi dan adik2
Psangan pengantin bersama ibu umi
 
 Hantaran: The Kooky Kate
Untuk Pihak Rerempuan
Untuk Pihak Lelaki

Majlis kenduri pula... kami buat sekali dengan pihak perempuan di Dewan Sekolah Menengah Tun Habab, Kota Tinggi, Johor.. dekat sangat dengan rumah..semuanya dipermudahkan..


Terima kasih buat semua yang hadir..keluarga..kawan.. terima kasih jua atas ingatan...

Antara kawan2 yang sempat hadir
peace..dari cilik kami...


Bridal&MUA: Klasik Andaman Kota tinggi
Hantaran: The Kooky Kate

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive