Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Thursday, January 22, 2015

Kupang Labu Masak Lemak Kunyit

Assalamualaikum dan selamat pagi
Dah lama umi tak masam kupang..masa belanja barang dapur kat Jusco..ada plak isi kupang dijual... umi beli la dalam 300gram.. masa itu belum lagi terpikir nak masak apa... jadi bila balik rumah ada plak permintaan untuk masak lemak labu.. jadi umi pun campur sekali kupang tu... Masya Allah..Tabarakallah..sedap nya... 


Tambah aroma bila umi letak hirisan daun kunyit..lebih terangkat... makan dengan nasi panas-panas, ikan goreng, telur masin dan sambal belacan yang umi selalu buat tu... menambah-nambah jadinya... hilang la ke mana..kekonon nak diet...jadi maknanya..diet x jadi la...hihi...ok, bagi yang ingin mencuba..silakan..umi memang suka masukkan sayur supaya anak-anak umi makan sayur... kira galakkan dalam tidak sedar la...buat surirumah boleh cuba untuk masak tengahari ini...Masakan ini sesuai juga dimasukkan hirisan nenas atau cendawan tiram atau rebung atau belimbing buluh atau pucuk ubi kayu celur ikut selera masing-masing.

Resepi :  Kupang Labu Masak Lemak Kunyit
Oleh : Umi's Cup Cake

BAHAN:
400 gram labu - didadu
300g isi kupang 8 tangkai cili padi dikisar 5 ulas bawang merah dikisar
2 batang serai dketuk
2 sm lengkuas
1 camb serbuk kunyit
1 cawan air
1 cawan santan pekat
Garam

Hirisan daun kunyit secukupnya

CARA :
1.Panaskan bahan kisar bersama labu, serai, lengkuas & air didalam periuk. 

2.Biarkan hingga mendidih. 
3.Bila labu sudah empuk, masukkan kupang & biarkan mereneh seketika. 
4.Masukkan santan pekat & serbuk kunyit. 
5.Kacau sehingga kuah mendidih lagi sekali. 
6.Sesuaikan rasa dgn garam dan hirisan daun kunyit. 
7.Sedia utk dihidangkan.

Wednesday, January 21, 2015

Kuey Teow Sup SEDAP...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Baru masuk minggu kedua persekolahan..umi dha pening fikir menu yang anak2 umi suka untuk makan tengahari...memandangkan anak2 umi suka makan kuey teow.. dan sup..umi google la resepi kuey teow sup terbaik... mesti ada yang kata aik..masak sup pun nak search resepi ke? umi suka nak masak sesuatu yang lain dari biasa... dan yang penting ringkas dan sedap... 

alhamdulillah bertambah-tambah anak umi makan...bagi yang suka ringkas dan sedap..boleh la cuba resepi dari missfarah ni..tq missfarah...cuma untuk anak2 umi, umi skipkan bab cili padi dan umi asingkan untuk umi makan...lebih uummmppphhh...

Resepi : Kuey Teow Sup SEDAP... 

Bahan-bahan ( 5 orang makan )


  • 1 bungkus kuey teow
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 15 tangkai cili api - ikut pada selera kepedasan memasing (ditumbuk)
  • 2 ketul ayam (untuk perencah) ikut berapa banyak la nak letak- umi ganti dengan hirisan daging
  • 2 batang saderi (potong kecik)- umi ganti dengan lobak merah
  • 2 keping tauhu putih
  • sayur sawi- umi letak sayur kubis
  • fishball
  • sos tiram (ikut pada selera memasing) kalau saya mybe letak dalam 5-6 sudu jugak
  • garam
  • daun sup dan daun bawang- tak letak

Cara-cara


  1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebentar sehingga sebati dengan bahan tumisan tadi.
  3. Masukkan sos tiram, kacau dan biarkan sebentar.
  4. Masukkan fishball, tauhu putih dan batang saderi. Kacau lagi hingga sebati ngan bahan2 yang lain.
  5. Masukkan air dan biarkan hingga menggelegak. Kemudian masukkan sedikit garam.
  6. Bila dah menggelegak, masukkan kuey teow dan sawi.
  7. Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup.
  8. Kandungan bahan2 tu sebenarnya saya pun tak berapa sure sebab selalu main campak2 je..kalau orang dah biasa masak tahulah nak ejas mcm mana..sorry kalau ada yang tak faham..
  9. Selamat mencuba.


Monday, January 19, 2015

BURGER SAMBAL a.k.a BURGER MALAYSIA Bekal ke Sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dah samapi minggu kedua persekolahan, anak2 umi pun dah boleh menyesuaikan diri dengan alam persekolahan.. semoga segalanya dipermudahkan Allah s.w.t. .. Amin.. setiap hari, sebelum tidur dan hujung minggu memang umi agak runsing memikirkan apa menu tengahari dan bekal untuk anak umi bawa ke sekolah...sebolehnya umi nak anak umi makan apa yang umi masak... walaupun bekerja, itu hasrat umi...
Salah satu yang umi buat adalah pau sambal ini untuk dibawa bekal sekolah waktu petang yang anak umi nak... nazirah minta yang agak ringan tapi kenyang... sebab sudah makan tengahari... untuk hari ini, umi sediakan kuey teow sup sahaja... In sha Allah esok umi masukkan... semoga ada idea yang ringkas tapi mengenyangkan untuk ibu2 bekerja seperti umi... yang di rumah pun boleh buat... tiada masalah... berkongsi ilmu yang memanfaat... ok lah..umi ambil resepi ini dari Blogger terkenal, Qaseh Honey... Kalau nak tengok gambar2 yang menarik boleh la klik sini... Selamat mencuba
RESEPI PAU SAMBAL @ BURGER MALAYSIA
Bahan² untuk doh
2 cawan tepung gandum
2 sb margerin
2 sb susu tepung
2 sb gula halus
1/2 sb bread softener
1 st bread improver
2 st yis
125 ml air suam
Cara² Penyediaan Doh
1. Gaulkan semua bahan² kecuali air sampai rata, pastu masukkan air sedikit demi sedikit. uli sampai licin n tak melekat di mangkuk.Kalau adunan kering sangat, tambah air suam sedikit lagi.
2. Biarkan seketika hingga naik 2 kali ganda. 
3. Bila dah naik, tumbuk² adunan untuk buang angin. bulatkan adunan sebanyak 16 - 18 biji sama besar, leper²kan sket... 
4. habiskan membentuk  baru digoreng. mulakan gorengan dengan bulatan doh yg mula2 dibentuk tadi hingga kuning keemasan. 
5. toskan dan biarkan sejuk sebentar.

 
Bahan² Untuk Sambal Tumis
*15 tangkai cili kering
*1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
 segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris 
asam jawa (sebesar ibu jari) + 1/2 cawan air = jadikan pes
gula
garam
Cara² Penyediaan Sambal Tumis
1. Blend bahan bertanda * hingga halus. Pannaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan² yang di blend tadi hingga garing.
2. Masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.  
3. Masukkan juga ikan bilis dan bawang hiris. Kacau hingga bawang layu. Matikan api dan hidangkan. :)
 
Bahan Pelengkap
Telur Rebus Secukupnya- hiris – QH guna telur dadar - umi tak letak
atau timun secukupnya – hiris – QH xletak - umi letak

Cara² Penyediaan Pau Sambal @ Burger Malaysia
1. Belah tengah pau yang siap digoreng. - umi belah tak putus
2. sudukan sedikit sambal dibahagian yang dibelah tadi.
3. letakkan hirisan telur @ timun.
4. cover dengan belahan kedua. siap untuk dihidang.

Monday, January 12, 2015

Empat resepi Nasi Ayam dan Selamat Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum dan selamat pagi
Pagi yang agak sibuk..hari ini hari permulaan sekolah bagi semua murid termasuklah anak2 umi... Nazirah masuk darjah 1 manakala ahnaf pula ke tabika... mujur sudah orentasi...kalau tidak, tak tau nak cakap apa... bermula la rutin semula..pagi2 hantar ke sekolah sebelum pergi kerja... sesuatu yang seronok jika kita positif kerana dapat peluang untuk buat semua ini...Syukur Alhamdulillah...
 
sama je kan cara anak2 umi senyum..hihi
Untuk semua, selamat memulakan alam persekolahan dengan penuh semangat dan positif... ibu ayah, umi abi dan semua ibu bapa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak...
umi masak nasi ayam ni semasa adik beradik suami umi bertandang ke rumah..seronok makan ramai2.. saat yang indah...bercerita..buat cerita.. kongsi cerita... dan semua yang ada cerita la... bagi yang inginkan resepi nasi ayam, boleh la semak Nasi Ayam Ipoh, Nasi Ayam Simple tapi sedap, Nasi Ayam Kukus, dan Nasi Ayam Umi.. pilih la yang mana yang sesuai dengan anda..Selamat mencuba..

Thursday, January 8, 2015

Asam Pedas Johor Di hari Lahir Che Mat Gebu Sifuku

Assalamualaikum dan selamat pagi

Alahai orang Johor ke Melaka ke..memang tak boleh pisah dengan asam pedas... tak kira la.. guna ikan ke, ayam ke, telur ke..atau daging.. umi memang tak tolak... masa mengandungkan nazirah pun hari2 umi sarapan asam pedas dengan nasi lemak tau..bukan sambal nasi lemak.. memang masyuk la..sampai akak yang jual kat kantin pun dah tau umi nak order apa..hihi... nikmat dunia mana yang didustai...Allahuakbar...


Selain daripada itu, asal masak asam pedas mesti ingat kat sifu masakan asam pedas di Sedenak tu.... Siapa lagi la..yang paling glamour tu.. Encik Adnan Ibrahim aka Che Mat Gebu... walaupun resepi asam pedas dianggap resepi biasa2 je..tapi kalau tak kena dengan air tangan dan cukup asam garam nya.. asam pedas tu memang tak kick... Kebetulan hari ini hari lahir Che Mat yang ke ....., Selamat Hari Lahir diucapkan dan Semoga ilmu yang dikongsi mendapat berkat dan amalan pahal buat Che Mat... Alhamdulillah.. Terima Kasih atas perkongsian yang amat bererti....

Bagi yang nak resepinya, boleh la ke link ini.... Resepi Asam Pedas Ala Johor Selamat Mencuba

Tuesday, January 6, 2015

Popia Daging Bunjut - entry pertama 2015

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru
 
Harap masih belum terlewat untuk umi mengucapkan selamat tahun baru masihi untuk semua sahabat umi..diharapkan bukan hanya umur yang bertambah juga amalan kita juga...in sha Allah.. akhir 2014, menurunkan tabir memang masa yang amat sibuk buat umi dan keluarga kecil.. rakyat Malaysia juga diduga dan diuji oleh Allah seiring dengan kemampuan kita sendiri...seperti surah Al- Baqarah :Ayat 155

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Surah al-Baqarah : 155)

Di saat inilah kita lihat ramai rakyat Malaysia bersatu dan berkerjasama tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit.. Allahuakhbar... Semoga semua yang dilakukan diberikan ganjaran oleh Allah... ok lah berbalik kepada Popis Daging Bunjut ni..ini namanya resepi suka hati umi je.. memandangkan anak2 umi ingin makan kudapan dan ada tetamu yang berkunjung ke rumah iaitu rakan umi, Siti Maslinda... umi sempat buat menu yang ringkas ni je.. apa pun, suami umi minta baut lagi dan sedap katanya..ALhamdulillah.. popia ini juga boleh di frozen kan.. meh la cuba...
Resepi ; Popia Daging Bunjut
Sediakan kulit popia yang kecil dan semangkuk air masak secukupnya...
Bahan utk Inti 500g daging cincang (boleh ditukar ayam jika suka) 3 biji ubi kentang (didadu) 1 labu bawang besar (didadu)3 s/b serbuk kari
Garam 
Gula Air secukupnya

Caranya

1.Tumis bawang sehingga layu. 
2. Masukkan daging cincang dan biarkan masak sebentar.
3. Masukkan pula ubi kentang. Gaul sebati.
4. Masukkan bancuhan serbuk kari & masak sehingga daging & ubi kentang empuk (jika perlu tambahkan air). 
4. Sebatikan rasa dengan garam & gula. 
5. Siap. Sejukkan.
Untuk Popia Daging Bunjut;-
1. Ambil sekeping kulit popia.
2. Letakkan inti yang telah sejuk tadi.
3. Bunjutkan seperti gambar di atas, lekatkan menggunakan air masak.
4. Bunjut biar kemas.
5. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
6. Goreng sehingga kulit popia kekuningan. Angkat.
7. Sedia untuk dimakan.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive