Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Friday, November 28, 2014

Mudahnya buat Coleslow

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Ya ampun..rupanya mudah nak buat coleslow ni ya..umi memang suka makan coleslow ni... makan banyak2 pun tak pe..lagi2 bila sayurnya masih crunchy... kenapa la umi tak buat dari dulu kan..ketinggalan sungguh umi ni.. maaf ya, jakun kejap..hihi.. umi buat untuk makan malam sebab malas nak makan nasi..konon2 diet la.. makan dengan kentang dan puyuh goreng..ha, kolestrol tinggi tu.. makan dengan keluarga kecil umi..makan sambil rebut2 dalam satu pinggan memang nikmat..seronok... umi simpan resepi ini supaya senang nak rujuk akan datang...terima kasih amie's little kitchen sebab sudi kongsikan resepi ni dan memang sedap..sharing is caring....

Resepi : Coleslow
Bahan:
1/2 kg kubis putih (anggaran) - bilas & toskan, hiris halus dan cincang 
1/2 biji lobak merah - hiris halus dan cincang (kalau tidak suka warna lobak lebih menyerlah, gunakan sedikit saja)
1/2 labu bawang besar - hiris dan cincang
4 sudu makan yogurt asli
8 sudu makan mayonis
4 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam

Boleh tambah atau kurangkan sebarang bahan di atas mengikut citarasa masing-masing.

Cara:
1. Gaul rata semua bahan di atas hingga sebati.
2. Simpan semalaman di dalam peti sejuk.

Thursday, November 27, 2014

Kek Coklat Moist Anis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah lama tak buat kek coklat..kebetulan ada jiran yang order..jadi umi pun buat guna resepi kek coklat lembap yang glamur tu dari Anis..siapa tak kenal anis chocolate cake..cari di mana2 tempat..mesti terpandang bekas empat segi comel dengan kek coklat yang mengiurkan.. bagi yang kerabat tidak ramai... beli pun ok..tapi jika anak2 ramai..amat berbaloi buat dan makan puas2...Alhamdulillah.. jiran umi amat puas hati dan nak order lagi.. terima kasih kepada yang empunya resepi..semoga lebih dilimpahruahkan rezeki kerana sudi berkongsi... ish takkan tengok je..meh la cuba...


KEK COKLAT MOIST ANIS
Bahan A
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 biji telur

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C ( Topping )

1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat

Cara-caranya :

Masak bahan A(kecuali telur) dengan api sederhana ( masak sehingga gula larut dalam air). 2 biji telur dipukul sekali dan masak sekali dengan bahan A. Akhir sekali masukkan bahan-bahan B dan masak bersama. Siap untuk di kukus atau di bakar.
#kek 1 kilo akan masak dalam 20-30 minit samada bakar@kukus. - umi bakar

Cara-cara membuat topping :

Panaskan minyak masak dan masukkan serbuk koko dan susu pekat kemudian kacau. ( sekiranya pekat sangat boleh masukkan sedikit full cream @ kurangkan serbuk koko. Siap untuk di topping.

Wednesday, November 26, 2014

Selamat Ulang Tahun Pernikahan Kanda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bismillahirahmannirahim...

Tiada kata yang dapat diucapkan selain rasa syukur kerana dipertemukan dengan seorang suami yang amat memahami dan penyayang... Seorang imam pembimbing anak2 umi.. walaupun suka duka silih berganti.. imam umi tak pernah jemu dan sentiasa tersenyum memberikan yang terbaik untuk dunia dan akhirat kami sekeluarga.. Alhamdulillah... Terima Kasih atas segalanya...

video

Saya, Kakak Nazirah, Abang Ahnaf dan Adik Iris sayang Abi selamanya...

Tuesday, November 25, 2014

Akhirnya ku temui resepi Sambal Belacan idaman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Akhirnya umi dah jumpa resepi sambal belacan yang berjaya memikat selera suami umi..resepi ini pun umi dah banyak kali cuba dan hasilnya..suami minta buat lagi dan lagi dan lagi.. mesti ada yang kata resepi sambal belacan pun nak kecoh kan? tapi ini adalah untuk simpanan supaya jika akan datang..anak2 umi nak rujuk bila umi dah tak ada nanti...cuma umi tak letak mangga muda macam Kak Nor..mak mertua umi letak..mesti lebih terangkat... tak ada stok, jadi ini pun dah memenuhi selera kami sekeluarga.. Terima kasih tak terhingga pada Kak Nor...

SAMBAL BELACAN

Bahan:
3 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda ~ optional

Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

Monday, November 24, 2014

Poach Egg yang mengiurkan

Siapa yang pernah makan atau buat? Ada sahabat umi yang kata ini namanya roti goyang..tak kisah la apa pun namanya tapi memang umi suka makan..kali pertama buat itu pun sebab tengok ada jiran yang mengoda dalam instagram..terus rasa nak buat..umi pun usahakan google resepinya... kurang paham baca resepi..umi pun tengok kat youtube...oooo...macam tu..baru paham...ok la.. tak nak cerita banyak..meh cuba sarapan omputih ni..hihi..omputih la sangat kan?

Resepi : Poach Egg

Bahannya;-
2 biji telur
1/4 periuk air
1 sudu besar cuka
secubit garam

Sampingan;-
Roti secukupnya
Mentega secukupnya

Caranya ;-
  1. Sapu roti dengan mentega dan bakar. 
  2. Panaskan air di dalam periuk sehingga separa mendidih. 
  3. Masukkan cuka dan garam ke dalam air. 
  4. Pecahkan telur di dalam mangkuk. 
  5. Kacau air yang separa mendidih satu arah sahaja dengan laju. 
  6. Tuang segera telur di tengah2 pusaran dengan perlahan-lahan. Pastikan kuning telur tidak pecah. 
  7. Biarkan sehinga telur masak dalam 3-5 minit dan angkat. 
  8. Letakkan di atas roti yang telah dibakar tadi.

Friday, November 21, 2014

Agar-agar Merah2 Delima

Chorus (Lagu Putih Putih Melati - ST12)
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

Siapa yang tak tahu lagu ini..angkat dagu..hihi..kebanyakan anak muda tapi umi dah tua ya.. memang tau dan sinonim dengan lagu ini.. anak2 umi lagi la... betul lirik lagu ini.. Siapa yang baik hati, Pastiku terima... semua insan impikan yang baik2 dan yang positif dalam hidup kan...
Hari ini umi bukan nak cerita pasal buah delima yang merah ya tapi nak habaq pasal kuih atau agar2 atau lengkong.. yang klasik dan amat diminati dari dulu, kini dan selamanya..cewahh... tak pernah jemu.. zaman dahulu lengkong ini selalu dapat makan di majlis2..sekarang banyak kuih moden dah mengantikan.. umi buat ini sebab keluarga umi suka sangat..sekejap je licin tau... siapa yang nak cuba, boleh la ikut cara kak Azie Kitchen..

Kalau nak guna agar2 serbuk pun boleh..ikut keselesaan masing2...kita buat dia kan.. Selamat mencuba..


Agar Agar Sirap Ros

Bahan bahan:
20 gram agar-agar bertali 
230 gram gula atau secukupnya
4 mug air
1 helai daun pandan
Sedikit gula batu, jika suka
Sedikit sirap ros
Sedikit pewarna merah, jika suka

Cara cara
Masak agar agar dgn air sehingga agar agar hancur. Kemudian masukkan gula secukup manis dan kacau hingga adunan larut dan sebati.

Masukkan pati sirap dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih.

Tapis dan tuang ke dalam loyang/bekas agar agar yang telah dibasahkan terlebih dahulu.

Sejukkan seketika sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

Thursday, November 20, 2014

Puding Jagung Kastard Banjir

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Musim tengkujuh datang lagi..ada beberapa kawasan telah pun dinaiki air...minggu ini juga merupakan minggu terakhir cuti sekolah.. harap2 anak2 semua berhai-hati..jangan main air banjir..takut bahaya mengundang nanti..nauzubillah..mohon jauh semua tu...
Tapi kalau nak makan Puding Jagung Kastard Banjir ni tak pe...makan berulang kali pun boleh... kenapa banjir? hihi... Nampak tak gambar yang diatas tu..kan ke banjir dengan kuah koktail.. sesekali nak gempak la konon... nak promo blog pun iya jugak..hihi.. ok lah..bagi ibu2..resepi ini digalakkan di cuba memandangkan musim hujan ni..perut selalu menyanyi lagu keroncong... kalau nak makan puding jagung sahaja tanpa kuah pun boleh..penyediannnya mudah dan cepat...In sya Allah puas hati..terima kasih kak Ana Elianas dan Kak Madihaa.. sayang ketat2...
 
PUDING KASTARD JAGUNG

Resepi : Ana Elianas


Bahan-bahannya:-

1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad

Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
 
 
Untuk kuahnya umi cuma tambah sendiri...
 
Bahan2 Untuk Kuah: 

1 tin susu cair
1 tin buah koktail campur
1 tin air (guna sukatan dr tin buah koktail juga) 

Cara-cara: 
  1. Masak susu dan air dengan api yg perlahan sampai didih. 
  2. Masukkan buah koktail dengan air gulanya sekali. 
  3. Biarkan kuah mendidih. 
  4. Tutup api.
  5. Sejukkan dahulu dan kemudian masukkan dalam peti ais. 
Resepi Puding Jagung Kastard Banjir ;-
  1. Potongkan puding jagung dan isikan di dalam mangkuk. 
  2. Tuangkan pula kuah koktail sehingga 3/4 dari paras puding jagung. 
  3. Puding Jagung Banjir boleh dinikmati.

Wednesday, November 19, 2014

Sup Merah Tulang Kak Nor

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Al kisahnya ada beberap tulang yang tak berapa nak diusik dalam frezer rumah umi ni.. Nak buat sup yang biasa tu..agak dah selalu..jadi umi pun google resepi2 yang bakal berkenan di hati dan bahan2nya ada kat rumah ni... selongkar demi selongkar..selak demi selak..eh, boleh plak selak internet ya..tak kisah la..maka dengan itu, umi pun terjumpa resepi Sup Merah Tulang yang dikongsi oleh Kak Nor (kata jemu masak sup..haha).. Nampak amat menyelerakan..selain itu, boleh makan dengan roti..kalau tak nak makan dengan nasi..(diet la kononnya)

Memandangkan semua bahan ada kat rumah..umi pun mulakan misi memasak sup merah tulang ni..hasilnya...AMAT Puas Hati..lain kali memang nak buat lagi..terima kasih Kak Nor atas perkongsian ini..khas untuk sahabat umi zee yang terliur tu..Selamat Mencuba...



SUP MERAH TULANG
BAHAN2
  • 1kg daging/tulang (kambing/lembu) ~ K.Nor guna tulang lembu jer
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1-2 biji buah tomato
  • 2 sb rempah kari daging
  • 3 sb gula (blh ditambah ikut rasa masing2)
  • 3 sb sos cili (blh ditambah)
  • Air secukupnya
  • sedikit garam
  • sedikit minyak (utk menumis)
Bahan Kisar
  • 10 tgkai cili kering (nak pedas blh lebihkan)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1" halia
Caranya
Tulang kambing digaul dgn tepung terlebih dulu (utk hilang bau hamisnya) dan dicuci. (Kalau lembu x perlu digaul dgn tepung). Rebus tulang tersebut dengan titikkan serai (2 btg), bawang putih (2 ulas) & halia (1"). Didihkan sehingga masak. ~ Stail K.Nor kalau membasuh tulang tak kiralah tulang lembu ke kambing ke maupun hati lembu, K.Nor mmg sentiasa basuh dgn bancuhan tepung gandum utk menghilangkan bau tu.
Sementara itu, dalam periuk yg lain, tumis bahan yg telah diblender dgn sedikit minyak, masukan tomato puri, rempah kari dan tumis hingga garing. Letak chili souce & gula lalu dimasukan air diikuti dgn garam. Masukkan daging yg dah direbus , sekali dgn air rebusan. Kalau air rebusan tu sedikit saja boleh ditambah dgn air biasa. Bila dah agak nak mendidih masukkan buah tomato dan biar sehingga betul2 mendidih dan agak pekat. (Bagi yg suka blh juga letak carrot/kentang). Setelah masak boleh dihidangkan dan taburkan bawang goreng & daun sup. Sedap dimakan panas2..

Tuesday, November 18, 2014

Nasi Hujan Panas Pak Engku

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah setelah sekian lama tak update blog ni..walau pun cuti bersalin 3 bulan..rasa macam tak cukup pulak..hihi... apa khabar semua sahabat umi...walaupun umi kurang update blog tapi umi agak rajin update instragram umi iaitu Siti_khairiah2105...meh la follow umi kalau sudi...

Hari ni umi nak story mory tentang Nasi hujan panas yang sedap hasil perkongsian kak Azlita masam manis...lebih manis dalam senyuman... resepi asal dari Pak Engku... umi buat tempahan dari jiran umi semasa meraikan ulang tahun pernikahan yang ke 20 tahun...Alhamdulillah... Hasilnya ramai tetamu cakap sedap...lain kali umi akan buat lagi..memang puas hati...

Kak su tempah untuk nasi 2kg, jadi umi gandakan resepi yang dikongsi Kak Ita...tapi kat sini umi kongsikan semula resepi dari kak ita untuk jumlah keluarga yang kecil...Jangan silu dan jangan segan..selamat mencuba sebab hasilnya gerenti puas hati...In sha Allah..Masak lah dari hati dan dengan zikirullah...

NASI HUJAN PANAS
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Khawin

Sukatan dari Pak Engku agak banyak, ita dah kurangkan untuk hidangan ita yang tak berapa ramai ni.

3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa

Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul

Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia


Caranya;-
Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai

Wednesday, November 12, 2014

Pengat Labu + Jagung Manis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salah satu entry tertungak dari umi...hihi...sesuai untuk minum petang dan hasilnya amat puas hati...pengat ini sangat lemak dan berkrim dan in sha Allah disukai ramai...kerana umi bukan sahaja menggunakan gula pasir yang biasa tetapi  menambah gula melaka... cuba dan rasailah kelainannya...lebih2 lagi jika kita masak dengan ikhlas dan sambil zikirullah...apa tunggu lagi..semaklah bahan dan jom cuba....


Resepi Pengat Labu dan Jagung Manis

Bahanya:-
4 cawan jagung manis
1/2 biji labu 
1/2 cawan gula putih 
3 sudu besar gula melaka 

1 cawan pati santan 
3 helai daun pandan 
4 cawan air 
1/2 sudu kecil garam


 
Caranya:-
  1. Bersihkan labu dan potong dadu.  
  2. Masukkan labu dalam periuk dan rebus dengan 4 cawan air bersama daun pandan. Biarkan air mendidih.
  3. Apabila labu dah lembut, masukkan gula melaka,putih, jagung manis dan garam. 
  4. Akhir sekali masukkan santan dan kacau 5 minit.Matikan api.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive