Images

Salam Aidil Adha Buat Semua

Assalamaualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha

Dari : 
Umi, Siti Khairiah dan Anak2, Nazirah & Ahnaf
Images

Lempeng Udang Kering

Assalamualaikum dan selamat pagi
 Pejam celik...pejam celik...dah hari rabu...cepat betul masa berlalu kan...hari ini umi nak kongsikan satu sarapan kegemaran arwah ayah umi..ayah jenis kurang makan atau makan sedikit je tapi bila buat lempeng ini, ayah boleh habis kan sampai 3 keping lebih2 lagi kalau ada sambal udang atau lebihan asam pedas ikan...memang layan la, lai best air kopi o secawan buat ayah...
Sekarang ini menjadi sarapan kegemaran anak2 umi pulak, cucu2 ayah menyambung warisan tapi makan dengan sos tomato...seorang sekeping setengah pu boleh...seronok tengok anak2 makan dengan selera...ni la dia nilai sebuah kenangan kan?

Apa yang diperlukan?
2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
2 cawan air (atau secukupnya)
2 gengam udang kering - rendam & tumbuk halus
3 biji bwanag merah - hiris halus
Daun bawang secukupnya- potong halus
Garam secukup rasa
Sos pencicah kegemaran.

Jom Cuba!
  1. Satukan tepung dan baking powder dalam bekas, kacau rata dengan whisk, tuang air secukupnya hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Tambah garam secukup rasa dan kacau lagi hingga rata. Masukkan pula udang kering, bawang merah dan daun bawang. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan (mat guna yang saiz 10 inci) dengan sedikit minyak, kemudian letak sesenduk penuh bancuhan tadi (anggara 1/2 cawan), ratakan dan masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng pucat.
  3. Kalau nak nampak garing, anda sapukan sedikit minyak atas lempeng tadi sebelum diterbalikkan. Masak hingga perang, angkat. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Hidangkan bersama sos kegemaran atau kuah gulai yang anda suka untuk sarapan atau pun minum petang....
Images

Sup Telur Puyuh ILUS

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi yang setia menatap blog yang tak sehebat mana ni...hari ini umi dah ada di kampung umi di Johor kerana ada hal yang perlu umi selesaikan di kampung..alang2 umi pun akan bercuti sehingga raya haji pada hari Jumaat ini...kiranya sambil menyelam minum air la ni...hehe.. seronok anak2 umi dapat balik kampung... tiap2 hari tanya bila nak balik kampung...rasa menyesal pulak bagi tau awal2 tapi anak2 memang seronok, kita tumpung seronok jugak la...
Jadi, resepi hari ini adalah menu hujung minggu sudah... itu pun sebab dah tak tahan digoda oleh Mat Gebu..dok tayang sup cendawan dan telur puyuh ala ILUS kak Melur Jelita... umi pergi Tesco dan cari jugak telur puyuh tu...maka terjadi la sup telur puyuh...nikmat makan dengan ikan terubuk masin...sambal belacan...Alhamdulillah, resepi seperti di bawah ya...
 
 
Jom Cuba : Sup Telur Puyuh ILUS

Apa yang diperlukan?
15 - 20 biji telur puyuh, rebus dan kupas kulitnya, cuci dan toskan
150 gram cendawan pilihan anda
1 kiub ayam Maggi
1 batang leek, kerat pendek dan rendam - umi tak letak
1/2 cekak soohoon, kerat pendek dan rendam
Air secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasa
Bawang goreng untuk hiasa
4 biji bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1/2 inci halia muda (atau halia biasa) - hiris halus


Jom Cuba!
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga harum, tuang air secukupnya (anggaran 4 cawan). Kacau dan bila mendidih, masukkan telur puyuh, kiub pati ayam dan leek (toskan). Masak sekejap.
  2. Masukkan soo hoon, tambah serbuk lada hitam dan juga garam secukup rasa. Kacau dan bila mendidih, masukkan cendawan. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, ikan goreng dan sambal belacan.....Penggsannn >_____<

Images

Milky Peach Pudding

Assalamualaikum dan selamat pagi
Diam tak diam, hujung minggu ini kita akan menyambut aidil adha... Bagi yang sedang menunaikan rukun Islam ke 5, semoga mendapat Haji yang mabrur... bagi yang berkorban ternakan pula, dah beri nama kepada yang sepatutnya? Kena cepat, sebelum terlambat....
ok la, hari ini umi nak tunjuk resepi puding yang sangat sedap dan nyaman di tekak bila makan... hasil intaian di blog kak Siti Delima iaitu Milky Peach Pudding...lebih terangkat bila makan dalam suasana hangat bila hampir nak hujan...sedikit bahang dan disejukkan dengan pudding yang memikat ini..umi gunakan buah pic dalam tin sahaja...sebab umi tak ada jumpa yang asli, dan umi dapat tau ia di tanam di negeri China seperti kata Wikipedia iaitu Pic (bahasa Inggeris:Peach), nama saintifiknya Prunus persica ialah pokok buah dalam order Prunus berasal dari China. Pic ialah pokok daun luruh yang membesar sehingga 4–10 m (13–33 ka) tinggi, tergolong dalam subfamili Prunoideae dalam famili Rosaceae.
Terima kasih kak Siti Delima atas perkongsian ini, izinkan umi panjang2 kan resepi ini...

Jom Cuba : Milky Peach Pudding

Apa yang diperlukan?
1 peket agar-agar serbuk (13g)
500 ml air
500 ml susu cair
200 ml gula (1 cawan)
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 sudu kecil tepung jagung - bansuh dengan sedikit air
Buah pic dalam tin
Sedikit pewarna kuning 

Jom Cuba!
  1. Masukkan air, serbuk agar2 dan gula di dalam periuk besar dan biar sehingga mendidih.
  2. Tuang susu cair, esen vanilla dan biar mendidih sekali lagi.
  3. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sebati. Biar mendidih. Tutup api.
  4. Di dalam acuan, susun buah pic dan tuangkan agar2 tadi.
  5. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais untuk membeku.
Images

Bubur Nasi permintaan Nazirah

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar? Semoga semuanya sihat..kalau ada yang tak sihat, jangan lupa makan ubat...dan sebelum makan ubat tu, pastikan perut tak kosong..makan la sedikit sebagai alas perut...Bagi yang sihat, marilah kita bersyukur pada Allah kerana memberikan kesihatan yang baik...Alhamdulillah
Hari ini dah tak ada entry coklat ya...jemu pulak orang tengok...kalau nak tengok jugak entry coklat, boleh tengok kek Hari Lahir Che Mat, Suami kak Siti Delima yang jatuh pada hari ini...kek yang amat menarik dengan hiasan yang ringkas tapi penuh kasih sayang...

Bubur yang umi buat ini adalah permintaan nazirah untuk di bawa ke ruamh pengasuh...dah lama tak makan katanya...apapun, layan gambar je la ya...bubur semua orang pandai masak, tapi bagi yang nak tau juga, umi kongsikan di sini....

Jom Cuba : Bubur Nasi












Apa yang diperlukan?
  • 1 1/2 cawan beras wangi/ beras biasa
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya (1500ml kurang lebih atau secukupnya)

  • Baby carrot secukupnya- dihiris
  • 2 Biji kentang - dihiris
  • serbuk lada hitam secukup rasa

Jom Cuba!
  1. Cuci beras, kemudian masukkan kedalam periuk, tuang air dan masukkan sedikit garam. Jerang atas api hingga mendidih, perlahan kan api dan biar merenah hingga beras kembang, jika pekat bolah tambah air lagi. Kacau sekali sekala bila beras kembang untuk mengelakkan dasarnya hangus.
  2. Masukkan karot dan kentang serta serbuk lada hitam. masak hingga sayur empuk.
  3. Atau boleh guna slow cooker untuk memasak bubur nasi dan di masukkan sayur sekali. Makan bersama lauk kegemaran.
Resepi ini untuk nazirah..kalau umi makan ada tambah cili padi mcm kat gambar...lebih sedap
jumpa minggu depan...da....
Images

Kek Sachertorte

Assalamualaikum dan selamat pagi
Alhamdulillah,,,macam umi janji...hari ini umi nak kongsikan resepi kek sachertorte untuk birthday Hakimi semalam...resepi ini dari buku 500 kek pula...hasil nukilan Susannah Blake...kek ini di ciptak oleh Franz Sacher yang terkenal mencipta torte klasik ini di Vienna pada tahun 1832. Mengikut tradisi, perkataan 'sacher'dipaipkan ke atas kek bersadur coklat ini..tetapi umi derhaka maka terjadi la kek yang tak berapa cantik tapi yang penting sedap sehingga menjilat jari....
Jom Cuba : Kek Sachertorte

Apa yang diperlukan?

Untuk Kek
85 gram tepung serbaguna
4 sudu besar serbuk koko tanpa gula
110 gram mentega
200 gram gula halus
4 biji telur, diasingkan

Untuk hiasan
2 sudu besar jem aprikot - boleh tukar jem lain
200 gram coklat gelap - dipotong
175 ml krim putar

Jom Cuba!
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Griskan acuan kek bulat 20cm (8 inci) dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak.
  2. Ayak tepung dan koko bersama ke dalam mangkuk besar.
  3. Panaskan mentega perlahan-lahan di dalam periuk sehingga cair, kemudian alihkan daripada api. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati. Pukul sekali kuning telur.
  4. Tuangkan adunan ini ke dalam campuran tepung-koko dan kacau sehingga sebati.
  5. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga memuncak dan kaup balik ke dalam adunan coklat. Pastikan masukkan 1/3 adunan telur putih setiap kali. 
  6. Tuangkan adunan ke dlam acuan tersedia, ratakan permukaan.
  7. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Sejukkan.
  8. Untuk hiasan, panaskan jem sedikit supaya cair. Kemudian sapukan pada seluruh kek. Masukkan coklat dan krim ke dalam mangkuk tahan panas dan di panaskan double boiler. Kacau sehingga coklat mencair.
  9. ketepiakn 2 sudu besar untuk paipkan perkataan 'sacher'diatas kek.
  10. Tuang baki coklat atas kek dan ratakan. Tulis perkataan atas kek.
Images

Happy Bithday Hakimi dan Kek Sachertorte

Assalamualaikum dan selamat pagi
Comel kan Hakimi ni...hari ini hakimi menyambut ulangtahun ke 5 tahun...punya la seronok dapat kek sachertorte...kanak2 memang teruja dengan kek coklat dan lebih2 lagi dengan coklat warna warni atas kek tu...
Selamat Hari Lahir ya Hakimi, semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi penyejuk mata dan hati mak dan ayah...Hakimi adalah anak sulung dari 2 beradik dan anak kepada kawan umi, Zubaidah...kawan dari zaman sekolah lagi...seronok bila zue dan anak2 datang ke rumah umi...Terima kasih daun keladi, jangan serik datang lagi...hehe...
Nampak tak muka tak sabar nak makan kek...seronok kan jadi budak2
Kek sachertorte yang tak sempat di 'make up''...
Seorang sepotong kecuali Hakimi sampai 2 potong...birthday boy, makan puas2 tau
Wajah anak yang suci dan tulus...



ops, resepi umi masukkan esok ya...ada kerja sikit..hehe...
Images

Biskut Kenyal Coklat

Assalamualaikum dan selamat pagi

 Coklat lagi? hehe..jangan jemu ya...minggu ni tengah terasa nak makan coklat je...yang coklat tu memang menarik dan hati umi serta anak2 sentiasa tertarik....macam lagu apa ya, yang bunyi macam ni...."Coklat kau memang menarik..ku tertarik....memang deboom"...hehe entah betul ke tak liriknya macam tu kan?
Hari ini umi nak kongsikan salah satu dari 500 resepi biskut dari buku 500 biskut hasil nukilan Philippa Vanstone yang telah diterjemahkan keluaran Marshall Cavendish Cuisine... rasa seronok dan teruja melihat gambar2 biskut di dalam buku tersebut...bila tengok biskut ni nama biskut kenyal coklat, dalam hati berbisik...kena cuba ni...balik kerja, umi pun mulakan operasi...tak sabar nak tunggu biskut tu sejuk...bila biskut dah sejuk, dengan lafaz bismillah...Subhanallah, sedapnya..kenyal dan yang utama rasa coklatnya...nikmat Allah beri...
ok la umi tak nak rasa sorang2...meh la tengok resepi biskut kenyal yang mudah ni...

Jom Cuba : Biskut Kenyal Coklat

Apa yang diperlukan?
175 gram coklat gelap - dicincang
50 gram mentega tanpa garam
50 gram tepung serbaguna
1/4 sudu teh serbuk penaik
Secubit garam
2 biji telur
250 gram gula kastor
1 sudu teh esen vanila
115 gram coklat biasa - dicincang

Jom Cuba!
  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180 darjah. Alaskan dua keping dulang pembakar dengan kertas minyak.
  2. Cairkan coklat gelap dan mentega. Biarkan sejuk sedikit, ketepikan.
  3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
  4. Di dalam berasingan, pukul telur, gula dan esen vanila sehingga pekat da putih.
  5. Masukkan coklat cair ke dlaam campuran telur, diikuti tepung dan ketulan coklat.
  6. Sudukan adunan mengunakan sudu ke atas dulang pembakar dan bakar 8 hingga 10 minit atau sehingga masak.
  7. Keluarkan dan letak atas rak. Sejukkan.
  8. Apabila sejuk sepenuhnya,masukkan ke dalam bekas kedap udara. Biskut ini tahan selama 2 hingga 3 hari.

Images

Muffin Coklat Bakar Che Siti

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi di alam maya ini? Marilah kita bunga2 hati kita pada pagi ini agar lebih ceria walaupun cuaca mendung... umi rasa gembira sebab suami umi sihat dan seronok sangat di Mekah... lagi gembira bila jiran umi, Sabariah telah selamat melahirkan puteri sulungnya... kiranya cucu yang ke 12, makin berkembang generasi....Tahniah ya Sabariah & Azam serta keluarga...
pagi ini umi nak tunjuk satu resepi Muffin coklat bakar dari Che Siti Delima dan telah dipanjangkan oleh kak Reen Khan di FB... muffin ini mudah sangat dan yang penting cepat siap... rasa coklatnya, memang sangat terasa...lebih lagi makan masa muffin tu suam sambil minum secawan teh o limau panas... memang terangkat....nazirah dan ahnaf kata yummy umi...mmmmmmmmm jom tengok resepinya....lupa pulak, tq Kak Siti Delima dan Kak Reen Khan

Jom cuba : Muffin Coklat Bakar

Apa yang diperlukan?

Bahan A
2 Cawan susu segar (boleh ganti susu cair)
1 cawan minyak jagung atau 250 gram butter cair
1 3/4 cawan gula kastor
1 biji telur gred A

Bahan B (diayak)
250 gram tepung superfine
50 gram serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar coklat emulco

Jom Cuba!
  1. Satukan bahan A dan kacau sebati menggunakan whisk sahaja.
  2. Masukkan bahan B dan gaul rata. Tuang ke dalam cawan muffin.
  3. Bakar pada suhu 175 darjah selama 30 minit atau sehingga masak mengikut oven masing2.
Mudah kan? Selamat Mencuba...


Images

Snowy Chocolate Corn Flakes... Love 2 cook

Assalamualaikum dan selamat pagi
Al kisah bila suami umi tak ada ni...dan bila tinggal dengan anak2 je...mood masak pun yang ringkas2 je...dan yang penting sedap, hehe...terukkan umi ni..
sebenarnya umi buat snek ni untuk hiburkan hati anak2 selepas balik dari menghantar suami umi...kira ni nak merawat dan memujuk anak2 umi la terutama ahnaf yang menangis bila pisah dengan abinya...snek ni boleh buat sama2 macam main pondok2 dengan anak2..terima kasih buat sweet owner of  Love 2 cook....nak resepi nya? tengok la kat bawah ni...

SNOWY CHOCOLATE CORN FLAKES

Ingredients :~
  • 4 cups corn flakes
  • 100gm semisweet chocolate ~ chopped
  • 20gm butter
  • 1/2 cup icing sugar ~ for coating - umi tak letak

Method :~
  1. Using double-boiler method, melt chocolate and butter.
  2. Remove from heat and allow to cool.
  3. Add corn flakes to the chocolate mixture. Mix well.
  4. Finally, mix in the icing sugar and coat well.
  5. Tada... Chocolate Corn flakes ready! :)


Images

Lambaian Kaabah Buat Suamiku

Assalamualaikum dan selamat pagi

Alhamdulillah segalanya Allah permudahkan untuk perjalanan suami umi ke Mekah menunaikan fardu haji yang bertolak pada 9hb Oktober 2012... Semoga kanda mendapat Haji Mabrur... kami di sini mendoakan kanda (abi nazirah dan ahnaf) selamat pergi dan kembali...
 Kami iringi perjalanan kanda dengan doa untuk kesejahteraan kita bersama
رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
 Ertinya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat kelak serta peliharalah kami dari seksaan api neraka"
 kami pasti merindui kanda

 Terima kasih atas doa dan kunjungan sahabat dan jiran yang amat prihatin




Labels

ahnaf (38) aiskrim (11) apam (7) Ayah (3) Ayam (40) bekal (14) birthday (34) biskut (19) buahan (47) Bubur (13) Coklat (27) cup cake (20) Cuti2 (11) daging (22) Entah (22) Follower (5) GA (18) Info Rumahtangga (5) kek (96) Kenangan (25) kuih (51) lain (59) lepat (1) Majlis (10) makan2 (46) Makanan Laut (43) mee (22) minuman (12) Muffin/Cup Cake (44) murtabak (6) nasi (43) Nazirah (65) NGM8 (5) piza (4) Potluck (4) puding (28) rojak (3) Roti (38) Sayuran (75) sup (34) Telur (9) Tempahan (9)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers