Images

Selamat Hari Lahir Suamiku & Black Forest Cake

Assalamualaikum dan selamat pagi



Terima kasih Ya Allah kerana memberikan ku
Suami yang soleh sangat
bertangjungjawab pada keluarganya
Keluarganya dibawa mencintai dan takutkan Tuhannya


kami dididik beribadah
dan berakhlak yang mulia
SyariatMU adalah disiplin
di dalam rumah ku ini

Tanggungjawab dunia tidak dicuaikannya
Makan minum, pakaian
tempat tinggal diuruskannya
Tunjuk ajar nasihat dan pimpinan
adalah kewajipannya yang paling utama

Kasih sayang timbang rasa menjadi budayanya
Karenah anak-anak dan isterinya
dia sabar menanggungnya
Dihadapi dngan lemah lembut
tidak mengapa sekali sekala menghukumnya

Sentiasa mendoakan kami
berlapang dada amalan hidupnya
Kecewa dan putus asa mendidik
tidak ada di dalam sikapnya
Suami yang soleh sentiasa berkhidmat
kepada keluarganya
Malah sering bersimpati
dengan kesusahan mereka

Urusan akhirat sangat diutamakan
Urusan dunia tidak pula diabaikannya
di waktu mereka memerlukannya
Kesalahan anak-anaka dan isteri
sentiasa dimaafkannya
Kami dididik penuh bijaksana
dengan penuh sabar dan tabahnya

Rukun damai hidup harmoni
sentiasa diusahakannya
Rasa bersama Tuhan diutama
keluarga bahagia
Begitulah suami yang soleh
sentiasa bertanggungjawab
pada keluarganya
Kerana takutnya dengan Tuhannya
dia sangat mengambil berat keluarganya
Anak-anak dan isteri sangat taat
Kerana suaminya berwibawa
dan sangat mulia



KEK BLACK FOREST
Resepi oleh Ila cheq Sue

RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:

* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.

BAHAN B:

* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.

Cara-cara:
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.

BAHAN C:
* 3 biji putih telur
* 60 gram gula castor
* 1/4 sudu kecil cream of tar tar
* Loyang kek 18cm / 7inci

Cara-cara:
1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet. rasanya kalau nak buat next time, tak lenser mentega/butter pun ok sebab yang cheq sue buat tu, bila siap keknya jadi penyek sikit ke dalam
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.


CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST
Bahan-bahan:
* Whipped Cream (200ml)
* 25 gram gula halus cheq sue guna gula aising
* Chocolate Syrup Hershey's x guna
* Jem blueberry filling blueberry
* Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je umi guna fresh blueberry
* Buah cherry bertangkai secukupnya ni ceri biasa
* Chocolate parut -umi guna coklat urai

Cara-cara:
1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis.- umi buat 2 lapis je
2. Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. umi terus sapukan whipped cream sedikit.
4. Kemudian sapu rata whipped cream di atas jem blueberry tadi.
5. Susun Dark Pitted Cherry.umi gunakan buah blueberry segar dan taburkan juga coklat chip.
6. Tutup dengan satu lapisan kek.
7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek.
9. Tabur chocolate parut di tepi kek.Jika tiada gunakan coklat rice pun boleh.
10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek dan letakkan cherry diatasnya.
11. Boleh tulis wording jika mahu atau hias ditengahnya.
- umi tak buat
Images

Kek Span Coklat Barbie

Assalamualaikum dan selamat pagi
Tengok la senyum lebar dari birthday girl bila dapat kek yang dihajatkan... kek patung barbie...cuma umi tak puas hati dengan hiasan dek kerana kekerasan tangan umi yang tak pandai hias...maafkan umi ya kakak...tapi suami dan nazirah kata lawa...hehe lawak plak rasanya..Alhamdulillah, keluarga umi sukakan rasa kek span coklat ni

Ciuman kasih sayang dari abi untuk kakak...kek ni umi ambil resepinya dari blog Mat Gebu...cuma tambah coklat emulco je...hehe...

 Tengok la gaya posing dengan kek oleh Nazirah

Jom Cuba : Kek Span Barbie

Apa yang diperlukan?
  • 200 gram tepung optima (instant cake flour)
  • 3 biji telur gred B
  • 50 gram mentega, cair dan sejukkan
  • 50 ml susu segar
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 sudu kecil coklat emulco - umi tambah
Krim kek
  • 500 gram Krimwell
  • 160 gram gula kastor
  • Piping plastik + sedikit warna unggu dan pink (atau ikut suka anda nak kaler apa)
  • Sedikit gula manik saiz kecil2 bentuk 'star'

Jom Cuba!

  1. Untuk Kek:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Dalam mangkuk pemutar, satukan semua bahan untuk kek span kecuali mentega. Putar dengan kelajuan perlahan sehingga semua bahan bergaul mesra. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan naik sekali ganda. Matikan mixer, tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 30 - 35 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven, sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, biar sejuk atas jaringan.
  2. Hiasan Kek :- Kek diletak atas papan kek, dan gunakan turntable. Jika guna acuan kek yang berlubang, letakkan patung ditengah2 lubang. kalau tidak berlubang, lubangkan tengah kek. Sapu krim pada keseluruhan kek tadi. Hias permukaan kek dan patung mengikut kreativiti. Untuk tulisan tu umi guna plastik yang digunting hujung nya untuk menulis huruf...

Images

Happy Birhday My Nazirah yang ke 4

Assalamualaikum dan selamat pagi
Wahai anakku tercinta.
Tetapkanlah Islam sebagai agamamu.
Tetapkanlah Allah sebagai Tuhanmu, dan tiada yg lain selain Dia.
Tetapkanlah Muhammad sebagai Nabi dan Rasulullah.
Tetapkanlah Al Qur`an sebagai kitab dan penuntunmu.
Wahai cahaya hatiku.
Ucap dua kalimah syahadat disetiap desah nafasmu.
Sembahyanglah lima waktu dalam hari harimu.
Berpuasalah sebulan dalam bulan Ramadhan.
Tunaikanlah haji ke Baitullah Rumah Allah jikalau kau mampu.
Tunaikanlah zakat selagi kau mampu.
Jangan lupakan Infaq Shadakah dan menyantuni mereka yg tidak mampu.
Wahai bidadariku
Beriman selalu hanya kepada ALLAH SWT
Berimanlah bahwa Allah telah menciptakan Malaikat-malaikat
Berimanlah bahwa Allah telah menciptakan Kitab-kitab Al Qur`an dan kitab kitab sebelumnya
Berimanlah kepada nabi dan Rasul rasul
Yakinlah dan Berimanlah akan adanya Hari Kiamat
Yakinlah dan Berimanlah kepada Qada dan Qadar.
Wahai pesona jiwaku
Hidupmu kelak akan lebih keras dan berat.
Lebih keras dan berat dari kehidupan kami orangtuamu.
Maka bekalkanlah dan perkuat keimanan dan ketaqwaan.
Agar kalian selamat sampai ditujuan hidupmu kelak.
Wahai penyempurna hidupku.
Ingatlah dan camkanlah beberapa hal
Bahwa yang singkat itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang sulit itu IKHLAS,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA
Yang abadi itu AMAL KEBAJIKAN,
Yang akan di investigasi itu AMAL PERBUATAN,
Yang jauh itu MASA LALU.
Persiapkanlah dirimu untuk semua hal itu.
Wahai masa depanku.
hiduplah demi akhiratmu
karena itu yang akan abadi kekal selamanya
janganlah kalian hidup demi duniamu
karena itu hanya semu dan bakal termakan waktu
Wahai permataku,
Doa orangtuamu selalu menyertaimu.
Semoga Allah selalu membimbingmu.
Semoga Allah selalu meridhoimu.
Semoga Allah selalu mendampingimu.
Dalam setiap langkahmu, doamu dan dalam semua kehidupanmu.
Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini di usia nya yang ke 4 tahun. Amin ya rabbal ‘Alamin.

pst...gambar apa ni?..tunggu....
Images

Ayam Goreng Berempah Serai

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar sahabat2 umi samaada sahabat baru, lama, kenal ataupun silent reader.... umi harap semuanya sihat dan gembira di samping keluarga tercinta dan bersemangat untuk memasak untuk keluarga... melihat keluarga kita berselera dan menikmati makan dari air tangan kita hatta segelas minuman adalah satu nikmat yang tidak terhingga... nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata2...

hari ni umi nak panjang2 kan respi dari blogger masakan yang terkenal juga iaitu LOVE2COOK... sekarang ni ada buat satu giveaway...bagi yang ingin serta boleh la klik sini.... tapi resepi ni umi ambil di myresepi.com...bila cari di blog, tak jumpa pula..mungkin umi tak pandai cari...bagi nak tengok resepi di myresepi.com...cuma umi kurangkan kuantiti bahan mengikut sukatan ayam yang umi masak...keluarga umi kecil, kalau seekor tu, banyak sangat pula...bagi yang ingin mencuba, HARUS cuba sebab sedap dan aromanya amat memikat selera...ayam ini juga boleh dimakan bersama nasi jagung, nasi goreng dan pelbagai hidangan lain...

Jom Cuba : Ayam Goreng Berempah Serai

Apa yang diperlukan?
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • Bahan2 dikisar bersama:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai (yang besar)
  • ---------------------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Jom Cuba!

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
  5. Selamat mencuba! ;)
Images

Tempoyak Tumis

Assalamualaikum dan selamat pagi

Bertemu kembali kita di minggu baru...minggu terakhir bulan Jun dan sudah hampir ke bulan Julai pula...ini bernakna telah berlalu setengah tahun....sekejap betul masa meninggalkan kita...sekarang ni pula tengah musim durian dan buah-bauhan lain seperti manggis dan rambutan... dan blogger masakan pula mencetuskan idea2 lazat berasaskan durian... mengancam habis....

umi pun tak mahu ketinggalan..resepi tempoyak tumis ni resepi dari ibu kawan umi...sebenarnya ini lah kali pertama umi makan tempoyak tumis..sebelum ni hanya yang biasa di kedai makan selain pelbagai jenis 'masak tempoyak'... bila dah cuba tempoyak tumis ni...umi dah tak pandang tenpoyak 'hidup' yang biasa tu...hehe..bukan berlagak tapi tempoyak tumis ni lebih memikat selera umi... bagi yang belum cuba...moh la tengok apa yang perlu..bahannya mudah je....

Jom Cuba : Tempoyak Tumis

Apa yang diperlukan?
  • 2 helai daun kunyit, mayang halus
  • 1 keping asam gelugor
  • 5 camca besar tempoyak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 batang serai, titik
  • minyak untuk menumis

Bahan kisar
  • 1/2 cawan cili padi kampung
  • 3 biji cili merah


Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan tempoyak dan kacau hingga rata. Tambah asam gelugor, kacau dan biar mendidih.
  2. Masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Tambah daun kunyit yang dimayang halus, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.....
  3. Jika sejukkan dan simpan dalam peti ais, boleh tahan seminggu....bila hendak makan, panaskan semula...
Images

Riadah Di Tasik Perdana

Assalamualaikum dan selamat malam


Lama betul umi tak masukkan post aktiviti keluarga kecil umi ni....tadi petang umi sekeluarga nak pergi cari taman rusa dan kancil tapi tak jumpa taman botani tu...yang kami jumpa hanya lah taman permainan... apa lagi, suka sangat la anak2 umi...tak sabar nak main di taman permainan kat situ...

tengok la wajah2 ceria bermain di situ cuma umi semapat snap sikit je gambar memandangkan asyik kejar anak2 umi nak cuba macam2 permainan...

bila keluarga kita ceria...hati pun bahagia kan...doakan keluarga kecil ni sentiasa gembira, bahagia dan dirahmati Allah...

selamat malam dan selamat mimpi yang indah2
Images

Popiah Goreng Keju

Assalamualaikum dan selamat pagi


Dah sarapan? Sarapan apa ya pagi ni? Umi sarapan popiah goreng keju...mungkin ramai yang dah buat...umi puas hati sangat dengan rasa popiah ni cuma tak puas hati dengan rupanya...tak seindah rasanya...kulitnya ada yang pecah dan cheese ada yang terkeluar la...


Mungkin sebab umi tak pandai kot tapi tak pe umi nak cuba lagi...sebab sedap dan anak2 umi suka sangat..rasanya yang lemak, berkrim dan tak terungkap dengan kata2....nak tau rasanya? kena la buat sendiri..hehe...popiah ni adalah umi's style..hehe, jom semak apa yang diperlukan...bahan2 boleh diubah sesuai mengikut selera...



Jom Cuba : Popiah Goreng Keju

Apa yang diperlukan?

  • Kulit popiah secukupnya
  • 5 batang sosej - dipotong kecil2
  • 6 batang crab stick - dipotong kecil2
  • 100 gram udang - dipotong kecil2
  • Sedikit lada sulah
  • 1 biji lada capsicum - dipotong kecil2
  • Keju parut secukupnya
  • sedikit tepung gandum dan dibancuh dengan sedikit air sebagai gam

Jom Cuba!
  1. Di dalam mangkuk, gaulkan sosej, crab stick, udang, lada capsicum, lada sulah dan keju parut.
  2. Ambil sekeping kulit popiah dan isikan intinya.
  3. Gulung dan lipat dengan kemas. Gamkan ujung kulit popiah dengan campuran tepung.
  4. Panaskan minyak dan jangan terlalu panas kerana pipiah akan hangus.
  5. Goreng sehingga keemasan dan angkat serta toskan minyaknya.
  6. Tunggun suam sedikit dan sedia untuk dimakan dengan sos kegemaran atau dimakan begitu saja.




Images

Yogurt Ice Cream

Assalamualaikum dan selamat pagi



Apa khabar? Harap semuanya sihat dan dirahmati Allah selalu...Terima kasih kepada yang masih sudi singgah di blog umi ni walaupun asyik hidangan yang sama...kunjungan tak jemu dari semua amat umi hargai...jadual kerja umi agak sibuk semenjak 2 menjak ni....hari2 masih bukak blog cuma tak berkesempatan nak update dan komen...



Jadi ulung kalinya umi masukkan entry setelah lama bercuti...resepi yang nak umi kongsikan adalah yogurt ice cream...lebih kurang tutty frutty versi rumah la...nak lebih sedap makan dengan campuran buah-buahan atau apa saja yang sesuai..resepi yang mudah dan senang disediakan...kebanyakan bahan memang tersedia di dapur...sangat sesuai untuk di makan musim panas ni...resepi ni umi ambil dari kak yani yang popular di Myresepi.com...eh, apa lagi jom la tengok bahan apa yang diperlukan...jangan segan2 ya...terima kasih pada kak yani yang sudi berkongsi resepi yang 'best' ni....


Jom Cuba : Yogurt Ice Cream

Apa yang diperlukan?

  • 120ml fresh cream
  • 240ml plain yogurt
  • 60g gula halus

Jom Cuba!

  1. Campurkan gula dan yogurt. Kacaukan.
  2. Dalam bekas lain, pukul fresh cream sehingga jadi bentuk cream- bila diceduk sedikit akan jadi bentuk tanduk.
  3. Kemudian campurkan fresh cream dengan gula dan yogurt tadi. Kacau.
  4. Bekukan dalam freezer. Bila dah hampir beku- keluarkan dan pukul sehingga gebu. Ulang sehingga 2-3 kali.
Images

Maaf dipohon

Cak!!!Lama betul geram dengan lempeng tu kan? Umi agak sibuk sikit...banyak yang nak dikongsi cuma belum ada kesempatan...selain kesibukan yang melanda, mood pun agak ke laut...tu yang main cak....cak dari laut macam ikan tu...akan usaha meng'update' sebaik yang mungkin walaupun info dah basi ya...ok la, tengok la gambar laut ni dulu sebab rasa bersalah tak kongsi apa2...salam sayang dulu dari umi

Published with Blogger-droid v2.0.6

Labels

ahnaf (38) aiskrim (11) apam (7) Ayah (3) Ayam (40) bekal (14) birthday (34) biskut (19) buahan (47) Bubur (13) Coklat (27) cup cake (20) Cuti2 (11) daging (23) Entah (22) Follower (5) GA (18) Info Rumahtangga (5) kek (96) Kenangan (25) kuih (52) lain (61) lepat (1) Majlis (10) makan2 (46) Makanan Laut (44) mee (23) minuman (13) Muffin/Cup Cake (44) murtabak (6) nasi (43) Nazirah (65) NGM8 (5) piza (4) Potluck (4) puding (28) rojak (3) Roti (38) Sayuran (78) sup (36) Telur (11) Tempahan (9)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers