Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Wednesday, February 29, 2012

Ayam Burma & Pulut Kuning

Assalamualaikum dan selamat pagi

Dah sarapan? Kalau sudah, alhamdulillah...bagi yang belum, jangan abaikan sarapan...mungkin ada yang lewat bersarapan...jangan biar perut tu kosong lama2, takut penyakit lain yang datang..apa pun, ikut la keselesaan dan kesesuaian masing2...

Hari ini pagi2 anak2 umi dah sarapan pulut kuning dan ayam burma, resepi ringkas tapi sedap yang umi ambil dari blog DTS (Dapur Tanpa Sempadan- blog popular tu)... rasanya lain sedikit dan aroma daun pudinanya amat membangkitkan selera..sebenarnya nazirah minta pulut kuning sebab dah lama umi tak buat..jadi umi pun padankan dengan ayam burma..satu kelainan dari biasa...selalu umi padankan dengan kari ayam atau rendang tapi hari ini lain sedikit...Terima kasih En. Mat diatas resepi yang ringkas tapi sedap ni...betul kata En. Mat dan En. Mat cadangkan untuk dimakan dengan nasi panas2..terangkat....apa lagi? semak la resepinya...

Caption : Tengok la anak2 umi yang dah tak sabar nak makan

Jom Cuba : Ayam Burma

Apa yang diperlukan?
  • 500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
  • 1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's)
  • 1 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 15 helai daun pudina
  • Secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 3 biji cili merah, buang bijinya
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai, hiris halus

Jom Cuba!

  1. Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..- umi makan dengan pulut kuning

Tuesday, February 28, 2012

Pita Bread Hawaiian Chicken Pizza from Paty's Kitchen

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Maaf hari ini umi tak boleh nak celoteh panjang sebab diburu waktu..banyak kerja yang harus umi selesaikan...maklum la, saya yang menurut perintah kan? Apa2 pun, jamu la mata dengan piza buatan sendiri yang tak berapa cantik di pandangan mata tapi sedap memikat selera...hehe

satu piza dalam masa 15 minit je...ha, pizzahut dan domino mesti kalah dan dapat piza percuma kan? umi buat malam tadi sebab isi rumah kecil umi dah kelaparan sangat dan bahan2 yang diperlukan ikut apa yang ada di dapur kecil umi tu...umi guna kan tuna mayonesdan nenas manis sebagai toppingnya, kemudian cuma letakkan cheesedale di atas topping...

Dalam masa 15 minit, perut yang keroncong dah pun berisi, alhamdulillah..suami umi kata lain kali boleh buat lagi...kenyang dan yang penting sedap..ok la, resepi asal dari kak paty, umi salin balik di bawah dan boleh cuba topping cara kak paty..selamat mencuba..terima kasih kak paty untuk resepi yang enak ini..


Pita Bread Hawaiian Chicken Pizza
Source :- Patyskitchen
This isn’t so much a recipe, since it’s just a matter of putting on any toppings that you like

INGREDIENTS
1 pita bread
2 tablespoons spaghetti or 2 tablespoons pizza sauce
¼ cup mozzarella cheese , shredded
spices (oregano, basil, garlic powder) or dried herbs (oregano, basil, garlic powder)
olive oil (optional)
chicken fillet marinade and stir fry for 5 minutes
sliced onions
chopped can pineapple

Directions:

Brush on a little olive oil on the pita.
Spread sauce on top of the pita.
Sprinkle on the shredded cheese.
Sprinkle on pinches of desired herbs and spices, and add any toppings you'd like.
Sprinkle the chicken, pinepple and onions
Place on baking sheet, bake for 5-7 minutes at 400°, or until cheese is melted (times may vary).
Slice with pizza cutter and enjoy

See Super FAST and super EASY even your children can make their own pizza.

Monday, February 27, 2012

Robot Cantik di Pusat Sains Negara

Welcome to National Science Centre...Hello, I am Actroid.

Teruja betuk umi, suami dan anak2 serta mama angkat nazirah, kak yang bila pergi ke Pusat Sains Negara pada Sabtu lepas.. sebenarnya umi dapat tiket percuma dari Pengarah Pusat Sains iaitu Y. Brs. Prof. Madya Dr. Irmawati binti Ramli. Pameran mengenai robot cantik bernama Actroid yang boleh berbahasa melayu, inggeris dan sudah pasti bahasa jepun. robot ini direka di Jepun adalah dari generasi ke -3. Tiket untuk dewasa hanya RM6, untuk remaja : RM 4 dan kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma. Mari umi cerita sedikit mengenai beberapa gambar mengenai Actroid,


Actroid adalah direka dari elemen2 yang dicantum sehingga menjadi satu robot cantik seperti

Kulit, tangan dan kaki


Wajah dan struktur tangan
dan terdapat robot2 bergerak yang lain seperti di bawah

tapi bagi anak2 umi yang paling menarik di PSN ni ialah

seronok dan terlalu banyak sehingga tak tau nak mula dari mana...semua nak cuba...tengok la aksi anak2 umi dan 'oden' kawan satu pengasuh iaitu kak yang...


Ini la kak yang bersama umi yang tembam...
.
.
.
.
ops umi lupa la, di pintu masuk..lagi best sebab banyak hidupan laut yang menyambut

dan banyak inovasi sains untuk dicuba dan diterokai

Seronok sangat dan umi dan keluarga pasti akan pergi lagi untuk pameran yang lain pula..

Friday, February 24, 2012

Puding Triffle

Assalamualaikum dan selamat petang

Lambat umi bersiaran hari ni..ada mesyuarat yang umi kena hadir, umi kena la jalankan tugas yang diamanahkan....dah makan tengahari? apa menu istimewa hari ni? simple je? walaupun simple, ia tetap istimewa sebab ia memenuhi selera kita...

Bagi yang kerja, bila dah kenyang...jangan la mata tu layu sangat...hari ni tinggal beberapa jam je lagi bekerja...biasanya bila hari Jumaat ni bagi yang bekerja mat singkat...sat je rasa, dah pukul 5 petang....

Bagi surirumah pun sama kan? je la selalu tu boleh atur kerja satu persatu dan ada masa senggag sikit...baru je nak rehat selepas sedia makan tengahari, dah nak pikir minum petang pulak kan? cerita pasal minum petang, apa kata buat puding triffle yang simple ni...mudah sangat, umi buat dalam 20 minit je...ikut cara kak ummi kuantan

Rasa puding ni, nyaman sangat masuk ke tekak umi..tapi minta maaf ya sebab gambar tak memuaskan sebab belum sempat umi nak ambil gambar..buka peti, puding dah disambar oleh suami umi...cepat2 umi ambil gambar takut tak sempat...satu bekas umi dah beri pada adik ipar umi untuk dibawa balik...sedap dan senang triffle ni..lain kali umi nak buat lagi..terima kasih kak ummi diatas resepi yang sedap ni...resepi kat bawah....

Jom Cuba : Puding Triffle

Apa yang diperlukan?

Lapisan bawah:
1 buku swiss roll cake - potong 1 cm
- Aturkan swiss roll cake dalam bekas kaca.

Lapisan Tengah:
125 gm tepung kastad
250 gm gula
500 ml air
125 susu cair
1/2 sudu kecil garam

- Bancuh sebati adunan dan masak atas api perlahan. Kacau selalu dan bila agak pekat, tutup api dan tuang ke atas lapisan pertama tadi. Ratakan kastad.

Lapisan Atas:
3/4 tin buah koktel (ummi guna Hosen) - tuang ke atas kastad, rata.
10 gm serbuk agar-agar
125 ml air
2 sudu besar gula
Pewarna hijau/merah

- Masak serbuk agar-agar hingga larut, masukkan gula dan pewarna. Tuang ke atas buah-buahan tadi. Sejukkan. (Ummi jez guna krystal jelly Nona perisa strawberry, masak ikut arahan pada kotak. Siap tuangkan aje atas buah-buahan..hehe..senang kan, sedap pun sedap.) - umi ikut cara kak ummi kuantan
(* Bila hendak makan puding ini, scop kan saja ke dalam bekas).

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive