Images

Ayam Masak Kicap Berempah Versi Ayah umi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni umi nak kongsikan resepi biasa2 je..mungkin ada yang pandang sebelah mata je kot...tak pe kan, sebagai rujukan dan kenangan untuk umi...lepas ni kalau terlupa, tengok je kat sini...rindunya kat ayah, tapi tak pe...hujung minggu ni nak jumpa sebab adik bongsu umi konvo di UMP...

Sebenarnya gambar ni, gambar lama yang umi terlupa nak masukkan dalam entry umi...jadi hari ni bila ada kesempatan, umi masukkan la....lauk ayam masak kicap ni sedap sebab terasa rempah ratusnya bila makan...lebih2 lagi bila ayah umi yang ajar kan....ok la, tak nak celoteh panjang hari ni...jom tengok apa yang ayah umi gunakan....

Jom Cuba : Ayam Masak Kicap Berempah
Sumber : Ayah umi

Apa yang diperlukan?

Bahan A
  • 1/2 ekor ayam
  • kunyit serbuk secukupnya
  • garam secukupnya

Bahan B
  • 2 biji bawang besar
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 sudu rempah beriani
  • 4 biji cili padi - kalau nak pedas, boleh letak lebih
  • 4 sudu kicap manis
  • air secukupnya

Jom Cuba!

  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak.
  2. Tumbuk atau kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Tumis bahan kisar/tumbuk sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah beriani. Kacau sehingga sebati.
  5. Bila agak kering dan naik bau, masukkankicap manis dan air secukupnya. Biar didih.
  6. Masukkan pula ayam goreng, cili padi dan bawang yang dihiris. Biar mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Tutup api.
Images

Eh macam pipi umi la, tembam!

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Lambat sungguh umi masukkan entry hari ni kan...pagi tadi umi ada appointment di hospital...macam biasa, urusannya berlarutan sehingga tengahari...ditambah pulak, banyak tugas menanti...ini baru ada ruang dan mood sikit nak menulis (ayat macam bagus je kan)...sebenarnya idea pun kurang sikit ari ni...hehe...



Tapi tengah umi tengok kat facebook, ada Che Mat Gebu owner Dapur Tanpa Sempadan cakap pasal isu gambar hasil tangan blog2 masakan telah diciplak dan diambil untuk dimasukkan dalam blog seseorang, antara gambar diambil adalah dari blog kak ummi, kak yatie dan reenkhan...isu ini pernah berbangkit dan ada yang telah menyatakan gambar2 tersebut adalah hak peribadi...kalau dah empunya blog cakap mcm tu, maksudnya kalau ambil, dikira mencuri la ya...mereka tak kisah kalau kita menyatakan dimana resepi tu diambil..usaha la sendiri..insyaAllah berkat itu ada.....tepuk dada tanya iman...jangan tanya rasa, nanti binasa...

Hari ni umi nak kongsikan resepi pau dari kak yani @myresepi.com...umi buat memandangkan masih ada lagi inti daging lebihan buat karipap di entry sebelum ini...ini kali pertama umi buat pau dan alhamdulillah, menjadi....yang warna merah seperti diatas, inti daging manakala yang warna coklat seperti di bawah, umi guna inti mentega kacang...


ok la...umi ada kerja lain pulak..jadi tak boleh la celoteh panjang2...sebelum tu, salin la resepi pau yang umi copy balik dari kak izah...

Jom Cuba : Pau

sumber: kak Yani@myR, Kak izah

Apa yang diperlukan? ( 8 biji )

  • 300g tepung gandum *saya letak 1/2 tepung pau - umi ikut kak izah
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur

Jom Cuba!

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
  10. Saya letak inti krim coklat dan juga sardin. (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti) (umi letak daging dan mentega kacang)
  11. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  12. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

*saya uli guna BM. Masukkan baahn2 mengikut urutan BM. - umi ikut kak izah uli pakai BM jugak...

Images

Karipap Daging Quinnie

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Minum petang umi untuk hari ahad lepas...karipap daging quinnie...dah lama nak buat bila kali pertama nampak entry quinnie@qasehququinnie.blogspot.com...tapi tunggu ujung minggu baru nak buat, lebih2 lagi bila tengok kak yatie dah buat...makin la membuak2 rasa nak buat...umi cuma buat setengah adunan je sebab keluarga umi kan kecil je..itu pun dapat banyak juga...alhamdulillah, sekali umi makan sampai 4 ketul ketika masih suam2 kuku...intinya memang menepati selera umi...cuma untuk kulit karipap ni umi mungkin terlebih minyak memandangkan umi buat setengah adunan, susah sikit untuk dibentuk..tak pe usaha lagi hingga berjaya...insyaAllah, umi akan buat lagi sebab sedap...terima kasih quinnie sebab berusaha untuk menghasilkan karipap yang sedap dan kulitnya cantik tak ber'jerawat' seperti umi buat sebelum ni..umi salinkan semula resepi dan tip2nya sekali sebagai rujukan dan panduan kita bersama....


Jom Cuba : Karipap Daging Quinnie

Apa yang diperlukan?(ini untuk satu aduanan, umi buat 1/2 jadi kena bagi dua la ya)

Bahan2 inti

  • 300gm daging - nak tambah lagi pun boleh...cincang halus daging
  • 8 biji kentang saiz besar - potong dadu
  • 1 biji ubi keledek saiz sebesar kentang - potong dadu (optional- tak dek pun tak pe)
  • 4 sudu besar udang kering *
  • 1 bawang besar*
  • 2 bawang putih*
  • 6 cili kering* -rendam dgn air ( blend bahan* halus)
  • 7 tangkai daun kari
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 5 sudu besar rempah kari daging -dibacuh dgn air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • air secukupnya


Bahan2 doh

  • 750gm tepung gandum
  • 300gm planta
  • 1/3 cawan minyak sayur/ masak
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 cawan air dari peti ais

Jom Cuba!

1. mula2 masak inti....panaskan skit minyak dlm kuali...kemudian masukkan bahan2 blend....masak hingga naik bau dan bahan tumis gak kering airnya....kemudian masukkan rempah kari daging...kacau2 rata...dan masak hingga terbit minyak...bila dah terbit minyak...masukkan daun kari....kacau hingga naik bau dan masukkan daging....gaul2 rata....kemudian masukkan kentang, keledek dan air. air hendanglah dimasukkan sampai hapus kentang tapi jgn lebih sgt sebab nanti kentang jadi hancur. isi jugak santan dan gula.....masakkan hingga kering....bila dah agak2 nak kering...masukkan garam....kacau lagi hingga kering inti tadi/ air dia dah tak de....tutup api dan sejukkan.

2. bila inti dah sejuk...baru buat doh....mula2 panaskan minyak dan planta dlm periuk kecil. masak hingga didih dgn api yg kecil. sementara tu masukkan tepung dan garam dlm manggok besar...kacau2 rata...bila dah didih planta tadi...masukkan skit2 dlm tepung tadi....gaul dgn sudu/ senduk kayu sebab panas.....kacau2 rata sampai habis. kemudian isi air...isi skit2 dan mula la menguli.....uli sampai doh jadik macam doh buat roti lembut dia...dan texture dia pun lebih kurang sama...rasa cam lembut dan boleh nampak doh tu naik skit.....uli sampai tak melekat doh tu pada mangkok dan tangan....bila dah dpt doh camni maknanya betul la tu....kemudian balut doh dgn plastik...rehatkan dlm 10m...

3. lepas doh direhatkan kita akan dpt doh yg lebih lembut...nampak dia cam berpeluh doh tu....kemudian boleh la mula kan proses menggelek doh dan mengisi inti.....ambil skit tepung dan tebarkan tepung tu sebelum gelek setiap doh....saya guna acu bulat yg besar tuk dptkan betuk yg sekata...kalau tak dek boleh guna cawan....gelek nipis dan bolehla isi inti.....bagus tips balut doh ni dgn plastik sebab doh tu akan lembut sentiasa dan tak dek masalah doh tu akan kering kalau kita buat byk pun dohnya....

4. bila dah habis buat karipap tadi....boleh la goreng...faktor menggoreng pun penting jugak....kalau tersalah cara...kulit tu tak rangup sgt dan tak dek ruang2 kosong kat dlm dia....kalau betul cara goreng nya..karipap tadi akan mengembang dan rangup lama....saya kalau goreng pagi....malam pun still sedap lagi kalau nak makan. masukkan minyak yg byk dlm kuali.....panaskan minyak dan bila minyak dah panas...tutup api dan baru masukkan kuih karipap...ni utk mengelakkan karipap tadi kulit dia berjerawat dan karipap masak sekata...isi jgn penuh sgt dlm kuali....lepas tu hidupkan balik api...api kecil je....dan kemudian biar karipap tu masak hingga kuning....selalu balik2 kan dia...tapi jgn kasar sgt masa nak balikkan sebab kulit ni rangup...takut pecah....dah kuning kaler dia...boleh la angkat. bila nak masukkan karipap tuk kali kedua...tutup balik api kuali dan letak karipap dan hidupkan balik api...sama macam proses pertama...buat cam ni tiap2 kali nak menggoreng..

5. cara2 nak simpan kalau ada karipap yg lebih....dulu2 saya akan goreng sekejap dan toskan karipap...bila dah sejuk susun dlm tupperware dan simpan dlm peti ais...tapi kadang2 letih dan leceh kalau guna cara ni...so saya guna cara lain....masa proses buat karipap tadi...bila dah siap satu dulang....saya simpan dlm peti ais....biar dlm 1/2 jam dan kemudian keluarkan dia dan baru susun dlm tupperware...boleh simpan bertinggkat2 kalau ikut cara ni sebab karipap tadi dah keras kulit dia....kalau nak lapik dgn plastik antara karipap tu pun boleh...tapi saya kadang2 tak buat pun. karipap tapi tak melekat kulit dia antara satu sama lain sebab kita dah keraskan kulit dia dulu sebelum tindan2kan....

( nota:kalau ikut cara2 masak kulit saya tu....insyaallah anda akan dpt kulit yg rangup dan ada ruang kat dlm dia....saya selalu tertanya2 macam mana la org dpt kulit cam ni....dan faktor menggoreng penting...kalau api kuat memang kulit dia tak gelembong)

Images

Cheesecake Truffle yang tak sempat di TRUFFLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Lambat betul umi masukkan entry ari ni kan? Sibuk sikit dengan hal duniawi...apa khabar? masih lagi dengan monday blues ke? Hari ni umi tak sempat nak 'layan biru' sebab banyak yang perlu diselesaikan dahulu...


mesti ramai yang memenuhi undangan rumah terbuka di minggu akhir yang lepas kan....tak kurang juga yang meraikan perkahwinan...mesti ujung minggu lepas adalah minggu kekenyangan...kat opis umi ada yang kenyang sampai ke pagi tadi..tu tak campur keletihan bila jadi tuan rumah lagi...umi pun banyak sangat undangan sampai tak la masak yang berat2...membazir kata suami umi...'bontrot' atau lauk yang dibekal bawa balik pun sampai malam ada lagi....jadi hari sabtu lepas umi cuma buat cheesecake truffle...tapi alahai...



umi tak tau boleh ke panggil cheesecake truffle kalau tak sempat di salut dengan coklat masakan, dah anak2 umi makan sampai 3 ketul sorang...akhirnya umi tak salut la...kira halal la ya tuan punya resepi iaitu mizyebbynaa.blogspot.com... rasa cheesecake ni makan macam tu pun dah sedap sangat...untuk suami umi, umi letakkan aiskrim vanilla dan curahan kasih sayang...ops curahan hersley chocolate syrup la (macam gambar kat atas tu)...alhamdulillah, cheesecake ni menepati citarasa tekak kami la..terima ksih kepada yang empunya resepi sebab anak2 umi suka sangat dan akan umi pasti akan buat banyak kali



Jom Cuba : Cheesecake Truffle

Apa yang diperlukan?
  • 250gm PHILADEPHIA CREAM CHEESE ( Biar suhu bilik)-umi guna tatura je
  • 2 biji telur
  • ½ cawan gula (gula biasa) – ikut citarasa, nk manis tmbah lebih
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/3 cawan whipping cream

Jom Cuba!

  1. Pukul telur, cream cheese, gula & garam guna mixer (sampai kembang)
  2. Masukkan esen vanilla
  3. Akhir sekali masukkan whipping cream
  4. Masukkan dalam bekas, pastikan bekas sudah disapu majerin supaya tidak terlekat (macam masak kek)
  5. Bakar dalam 30-40minit (umi bakar suhu 150 darjah selama 20-25 minit ikut oven umi, ikut saiz acuan juga)

Untuk Dipping Coklat :

Cairkan coklat, celupkan cheese cake tadi & keraskan dalam 2 jam



Images

Info Rumahtangga : WANITA UNTUK SUAMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Umi harapkan agar semua sahabat bergembira di hujung minggu ini...selamat bercuti bagi yang bercuti...bagi yang harus bekerja, jangan sedih...mari umi kongsikan satu kisah rumahtangga yang mungkin ramai dah tau tapi umi tetap kongsikan bersama supaya kita semua dapat manfaatnya...InsyaAllah umi akan buat entry pasal rumahtangga berkisar tauladan, info, kisah lucu atau apa2 saja setiap sabtu untuk hiburan dan maklumat bersama...untuk julung kalinya, umi nak kongsikan kisah ini...para suami, umi tak ada niat untuk menyinggung sesiapa tetapi sebagai renungan bersama...kepada sahabat yang dah tau kisah ini...mari kita imbas kembali..kepada yang belum...mari lah baca

cerita yg menarik, cuba baca ye.... slmat membaca..:)

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu.

“Tak lah”, jawab isterinya ringkas.

“Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.

“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

Images

Chocolate chip cookies Nadia Myresepi.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Banyak tak chocolate cookies yang umi buat kan? hehe..jangan tertipu ye..yang umi buat cuma gambar cookies yang ditengah tu je..yang lain dari yahoo image...saje supaya tak la orang jemu tengok gambar umi yang tah ape2 tu..sebab tu la gambar yang lain cantik2..lagi pun umi cuma ambil gambar guna hanset yang lama je..kalau orang lain tengok mesti cakap umi ni kedekut tau...tak pe la asalkan boleh ambil gambar disamping call dan sms...

Berbalik pada chocolate chip cookies ni sebenar nya salah satu entry tertangguh..umi buat masa bulan ramadhan dulu...tapi punya la lembap umi masukkan dalam senarai...tak pe kan, asalkan masuk kira boleh la kan...kan...kan...

Umi tau semua orang pernah makan chocolate chip cookies ni..terutamanya yang fofular tu iaitu famous amos tu...tapi kalau nak tau sejarahnya biskut ni telah dibuat secara tidak sengaja...seronok kan? dalam tak sengaja terhasil biskut yang enak dan akhirnya menjadi kegemaran seluruh DUNIA...umi nak kongsikan sedikit maklumat biskut ni...

A chocolate chip cookie is a drop cookie that originated in the United States and features chocolate chips as its distinguishing ingredient. The traditional recipe combines a dough composed of butter and both brown and white sugar with semi-sweet chocolate chips. Variations include recipes with other types of chocolate or additional ingredients, such as nuts or oatmeal.
Home-made chocolate chip cookies
Origin
Place of origin United States
Region or state Whitman, Massachusetts
Creator(s) Toll House Inn - multiple versions
Dish details
Course served Dessert
Main ingredient(s) flour
sugar
brown sugar
butter/shortening
chocolate chips
eggs
vanilla
baking soda
salt

Variations Multiple

History

The chocolate chip cookie was accidentally developed by Ruth Graves Wakefield in 1930. She owned the Toll House Inn, in Whitman, Massachusetts, a very popular restaurant that featured home cooking in the 1930s. Her cookbook, Toll House Tried and True Recipes, was published in 1936 by M. Barrows & Company, New York. It included the recipe "Toll House Chocolate Crunch Cookie", which rapidly became a favorite to be baked in American homes.

ok la berbalik pada tajuk kita diatas tu...resepi ini umi ambil dari Nadia di Myresepi.com..ramai yang telah menghantar laporan dan kesemuanya amat berpuas hati dengan hasil tangan sendiri dan amat berbaloi...suami umi pun suka makan masa tengok tv lepas terawih...cuma umi tak ada gajus dalam stok pantry tu, apalagi derhaka skit...umi gantikan dengan badam cincang...biasa la umi ni nak senang dan ada penyakit M sikit...banyak pulak celoteh umi pagi jumaat ni ya...moh la kita tengok resepinya...



Jom Cuba : Chocolate chip cookies

Resepi asal : Nadia@myresipi.com
Sumber : umiscupcake.blogspot.com

Apa yang diperlukan? (100 biji-bergantung pada saiz ya)
  • 450g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus
  • 110g gula perang
  • 100g chocolate chips
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 250g gajus(panggang dan cincang halus)- umi gantikan dengan badam cincang
  • 1 sudu kecil baking soda
Jom Cuba!
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  4. Masukkan gajus (umi masukkan badam cincang) dan kacau lagi
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit
Images

Blended Carrot Cupcakes Kak Fida

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cantikkan kalau kesemua lobak ni ada kat Malaysia...mesti warna warni lagi la warna masakan kita...macam warna warni kehidupan kita, ada suka, duka dan macam2 lagi perasaan...bagi yang tak tau apa tu lobak merah, (ada ker?) maknanya ialah

Lobak merah merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam ubi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Lobak merah dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas dalam masakan di ASEAN. Lobak merah juga digunakan bagi penyediaan acar timun, air lobak, dan kek lobak.

ha...cerita pasal kek lobak, hari ni umi nak kongsikan satu kek lobak yang dikisar dan sangat sedap...lembut je tapi umi derhaka sikit sebab tambah kekacang sikit dan kismis cincang...umi buat untuk rumah terbuka adik umi, jadi snap gambar pun kat sana je..ikut 'dan' je la...resepi ni dari kak fida di Myresepi.com..banyak resepi kak fida kat situ dan best2...kak fida ni rajin sangat cuma kak fida tak ada blog, kalau tidak, dah lama umi follow...umi tak sempat nak buat versi cupcake, jadi umi buat dalam loyang je...jom tengok cara2 buat kek lobak ni



Jom Cuba : Blended Carrot CupCakes

Resepi asal :Blended Orange Cake by Kak Fida@myresipi.com
Sumber : umiscupcake.blogspot.com

Apa yang diperlukan?
Link

  • 1 batang lobak merah(dlm 180g)
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 3/4 sb baking powder* ( *diayak bersama )
  • 1 cawan kekacang - umi tambah
  • 1/2 cawan kismis cincang - umi tambah
  • secubit serbuk kayu manis*(optional)

Jom Cuba!

  1. Bersihkan kulit lobak merah(kikis jika perlu),potong2 kecil.Masukkan kedalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Masukkan pula kekacang dan kismis cincang. Kacau sebati.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  5. Bakar pd suhu 170C selama 25 min atau hingga masak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers