Images

Cornflakes Milo

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah..sampai jua kita ke minggu yang baru dan hari isnin yang diharapkan tidak membosankan...minggu baru, cerita baru...cerita umi hari ni adalah cerita suami umi...minggu lepas ada program di masjid kawasan rumah umi dan terdapat booth kesihatan...suami umi tak lepaskan peluang untuk periksa kesihatan...semuanya alhamdulillah cuma.....satu yang suami umi kena kurangkan berat badan iaitu sebanyak 3 kilo...

jadi nak dijadikan cerita, balik terus suami umi suruh umi sediakan menu diet je...umi cakap, tak pe lah bang, tak lama lagi kan puasa, InsyaAllah susut la nanti...suami umi pesan yang dia tak nak makan nasi malam2...cuma nak makan cookies atau pun oat...kesian pula...


kegemaran suami umi dari kecil adalah makan serbuk milo sehingga setengah cawan, jadi umi pun cari la resepi yang boleh suami umi mengunyah malam2...cari2 di web Myresepi.com, umi jumpa resepi yang mudah dan cepat disediakan...kiranya tetiba ada tetamu, memang sempat sangat nak buat..resepi hebat ni dari HJHMAS_2110...terima kasih Hjh. Mas, suami umi dan anak2 suka sangat resepi mudah ni...jom tengok resepinya

Jom cuba : Cornflakes Milo

Apa yang diperlukan?
  • 100 gram mentega
  • 100 gram cornflakes (umi guna nestle)
  • 100 gram serbuk milo
  • 4 sudu besar golden syrup/madu

Jom Cuba!
  1. Cornflakes dihancurkan sederhana dan disimpan di dalam bekas.
  2. Masak mentega hingga cair dengan api yang sederhana besar.
  3. Apabila mentega sudah cair, masukkan pula golden syrup /madu. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan serbuk milo dan kacau sebati.
  5. Apabila sudah sebati, tutup api dan tuangkan kedalam bekas cornflakes tadi.
  6. Bulatkan ketika masih panas. (umi gunakan sudu dan masukkan dalam paper cup)
  7. Bila sudah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk.(umi taburkan sedikit manik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk)
Senangkan nak buat cornflakes milo ni, boleh juga dijadikan kuih raya nanti....cuba la..
Images

Homemade Roti Burger

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ha...mari sarapan burger pagi ni...roti tu umi buat sendiri...yang lain beli je...daging tu beli jenama Ramly...dulu, kini dan selamanya...resepi roti burger tu umi ikut resepi dari buku roti, kek dan pastri kelolaan Noraini Sidek....buku tu macam kat bawah ni

tapi umi derhaka skit sebab resepi asal bukan roti burger...rasa nak makan sangat roti burger, derhaka la skit...ok la jom tengok resepinya

Jom Cuba : Roti Burger

Apa yang diperlukan?
  • 11 gram yis mampat
  • 2/3 cawan air suam
  • 600 gram tepung roti atau tepung protein tinggi
  • 1/2 sudu teh garam
  • 125ml susu suam
  • 1 sudu besar golden syrup
  • mentega cair untuk dilenser pada loyang
  • bijan untuk ditabur atas roti - umi tak letak sebab tak ada


Jom Cuba!

  1. Campurkan semua bahan kecuali mentega dan bijan.
  2. Uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan elastik.
  3. Biarkan doh mengembang dua kali ganda dari saiz asalnya.
  4. Bentukkan doh bulat2 dengan saiz yang dikehendaki (ikut saiz daging burger yang digunakan).
  5. Aturkan di dalam loyang pembakar yang telah dilenserkan dengan mentega. Biarkan 10 minit.
  6. Bakar roti dengan suhu 175 darjah selama 25 minit atau sehingga masak.
  7. Gliskan dengan mentega ketika roti masih panas dan tabur la dengan bijan secukupnya.
  8. Makan la roti tu dengan daging atau ayam, keju, timun, tomato dan sos kegemaran.
Images

Kailan Ikan Masin permintaan Suamiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ni salah satu menu tertangguh untuk dipersembahkan...menu biasa2 je..tapi menjadi kegemaran dan permintaan suami umi...teringin katanya...bukan mengidam ya....teringin je...macam lagu shima tu...

' sesekali ku rasa teringin....melewati hatimu yang dingin...mendengar keluh resah...'

dah mengarut umi ni kan?...lagu tak ada kaitan dengan yang hidup apatah lagi yang telah tiada...ok la berbalik dengan resepi kailan ikan masin kali ni umi ikut resepi kak ummi kuantan...walaupun resepi sempoi tapi tetap menjadi pujaan hati ku....alhamdulillah..tak ada la suami umi kempunan...mana nak cari batu belah....umi padankan kailan ikan masin dengan ikan kembong celup tepung...nampak tak kat belakang tu?.....jom kita tengok resepi yang sempoi tapi sedap ni....


JOM CUBA : KAILAN GORENG IKAN MASIN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Apa yang diperlukan?

  • 2 ikat sayur kailan
  • 1 labu bawang besar - dimayang kasar
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 tangkai cili merah - potong serong
  • 1 keping (3 x 3 inci) isi ikan talang kering - didadu halus2
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis

Jom Cuba!

  1. Rendam sayur dengan air garam sebentar, cuci dan toskan. Kerat2 kepada 2 bahagian dan batangnya dipotong dan asingkan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan isi ikan talang yang dadu halus tadi hingga agak garing.
  3. Kemudian masukkan terus bawang besar, bawang putih dan cili dan kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan batang kailan terlebih dulu dan masak hingga lembut sikit dan tenyeh-tenyeh sikit isi ikan biar sedikit hancur.
  5. Masukkan kicap dan akhir sekali masukkan sayur dan kacau balik sebentar. (x perlu letak garam sebab isi ikan dan kicap sudah secukup rasa, terpulang kalau nak letak sikit garam).
  6. Masak sebentar (jgn layu sgt) dan angkat. Hidangkan
Images

Tupperware Giveaway Casa Bonda

Umi nak join GA ni...bagi sesiapa yang berminat, boleh klik gambar kat bawah ya..cara-caranya seperti dibawah...

Assalamualaikum....

Another giveaway this month. InsyaAllah may be the last one for year 2011 before my delivery @ maternity leave this coming October.

The item for giveaway will be


Syarat-syarat penyertaan
1) Email to dinitupperwarekiosk@yahoo.com the name of the Tupperware set above and location (city and state) of DiniTupperwareKiosk (you can refer to blog DiniTupperwarekiosk)
2) Create a simple entry about this giveaway at your blog. Just put the picture above and link to http://bungakesidang.blogspot.com.


That's all that u need to do. Closing date will be 31 August 2011 . Pemilihan adalah secara cabutan undi dan keputusan akan diumumkan pada 10 September 2011.

Images

KU MENYESAL MANGGO PANNA COTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

umi menyesal sangat2...sesalan yang tak terhingga...ini semua kerana manggo panna cota kegemaran ramai....menyesal....menyesal...tapi nak buat macam mana menyesal pun dah tak guna....hanya dalam hati je la....

nak tau kenapa umi menyesal? first time umi buat panna cota ni...menyesal sebab buat sikit sangat..hanya dua gelas, tak cukup untuk 2 mulut besar dan 2 mulut kecil...tak cukup!!!!!!!

Kalau umi tau macam ni sedapnya manggo panna cota....dah lama umi buat dan buat banyak2..biar sampai puas...lepas ni umi nak cuba pelbagai panna cota lagi macam orang lain dah buat seperti laici dan nenas...anak2 umi pun tak padan kecil, tak cukup....lain kali boleh buat lagi tapi tak puas sebab sedap lebih2 lagi makan masa musim panas ni...terangkat abis...ha...jangan jadi macam umi..lambat buat...salin resepi yang umi amik dari blog kak azlita...dah salin? apa lagi? buat la..gerenti tak menyesal buat....cuma menyesal sebab tak cukup je....


JOM CUBA : MANGGO PANNA COTA

Apa yang diperlukan?
  • 7 gm gelatin
  • 3 camca besar air
  • 2 1/2 cwn susu segar
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1 camca teh esen manggo
  • 1 biji manggo di potong dadu atau hiris
  • 1 biji manggo lagi dikisar halus
Jom Cuba!
  1. Bancuh galatin bersama air hingga larut
  2. Masak susu segar bersama gula sehingga timbul buih2 kecil
  3. Angkat susu dari api dan masukkan esen manggo serta larutan galetin.
  4. Tunggu sehingga sejuk sedikit.
  5. Susun manggo yg telah dihiris di tepi gelas, dan tuang panna cota dalam gelas tersebut.
  6. Simpan dalam peti sejuk semalaman
  7. Bila telah keras letakkan puri manggo diatasnyer. Makan sejuk2 memang best

Lain kali nak buat banyak2...makan puas2..eh makan ke minum ya?
Images

Coklat Cip Kayu Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah sarapan ke belum? Umi sarapan dengan biskut coklat cip kayu manis...umi buat malam tadi...dah lama rasanya umi tak buat biskut...ye la, merajuk sebab dah beberapa kali cuba tapi tak jadi...kiranya merajuk la konon...tapi memandangkan kegemaran makan biskut oat krunch... umi kuat kan hati untuk mencuba biskut ni yang seakan-akan rasa oat krunch di pasaran tu..alhamdulillah..rasa lebih kurang dan yang penting, boleh makan masa lapar...seronok bila biskut ni menjadi...cuma umi derhaka sikit sebab gantikan badam dengan kacang tanah kisar, badam tak ada stok...mujur rasanya memikat....sedap juga kalau makan sambil minum jus atau susu segar..sarapan yang berkhasiat...resepi ni umi ambil dari Majalah Rasa keluaran Bulan Ogos 2011 iaitu tema 250 Selera Syawal : Pagi raya, Biskut, Kek, Puding dan Kudapan..baru je keluar di pasaran...jadi tunggu apa lagi, jom pakat beli majalah tu dan cuba resepi yang enak ni...


Jom Cuba : Coklat Cip Kayu Manis

Apa yang diperlukan?
  • 150 gram mentega
  • 100 gram gula kastor
  • 100 gram gula perang
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 220 gram tepung gandum - diayak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat - diayak
  • 300 gram coklat chip
  • 120 gram badam cincang - umi gantikan dengan kacang tanah kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis

Jom cuba!
  1. Pukul mentega, gula kastor, gula perang, esen vanilla dan telur sehingga kembang.
  2. Selepas itu masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat. Adun sehingga rata dan sebati.
  3. Kemudian masukkan coklat cip, badam dan serbuk kayu manis. Gaul sedikit.
  4. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 170 darjah selama 12-15 minit.

Info : tidak perlu letakkan terlalu banyak serbuk kayu manis.
Images

Tiramisu Biscotti

Assalamualaikum dan salam sejahtera

dah lama umi tak jenguk blog ni...rindu tapi ada kerja yang lebih penting untuk diselesaikan...pernah makan kek tiramisu? umi tak pernah sebenarnya tapi teringin sangat nak makan...apa maksud tiramisu ya?

Tiramisu, [tiɾamiˈsu], literally "pick me up", is a popular Italian cake. It is made of ladyfingers (or often savoiardi) dipped in coffee, layered with a whipped mixture of egg yolks and mascarpone, and flavored with liquor and cocoa.[1] The recipe has been adapted into many varieties of puddings, cakes and other desserts.

ha...dah tau maksud tiramisu? umi buat tiramisu ni hari khamis lepas untuk di bawa ke rumah adik umi di Shah Alam...Ayah dan ibu umi ada kat rumah adik umi...ayah dan ibu pun baru kali pertama makan kek ni...rasanya? alhamdulillah memang memikat selera kami sekeluarga...kek ni tak la terlalu manis tapi memang sedap...semua orang menambah..suami umi pun minta buat lagi...nazirah makan dua potong...ahnaf habis sepotong...kek ni lembut dan tak muak tau...

ni la rupanya biskut yang umi gunakan...kek yang paling senang yang umi pernah buat...ops, lupa nak bagitau la..resepi ni umi ambil dari Rabiatun@sweettouch

Jom Cuba :Tiramisu Biscotti

Apa yang diperlukan?

  • 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Jom cuba!

1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi

2. Satukan gula, cheese dan cream.

3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.

4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut. (umi susun dan tuang nescaffe atas biskut sebab biskut lembut sangat bila di celup)

5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas

.

6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.

7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.

8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.

9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya

Images

Muffin Pisang Coklat Kukus

Assalamualaikum dan salam sejahtera


lambat sikit umi post entry ari ni..sibuk sikit....masih lagi dalam mood kukus mengukus ni....memandangkan pisang yang telah masak ranum dan tunggu masa je nak jadi tak berapa elok...elok umi buat sesuatu yang simple...sambil selak2 buku resepi chef hanieliza, 1 resepi 1 hari.....umi terpandang satu resepi yang ada menggunakan pisang..resepinya mudah dan bahan2 pun ada kat dapur kecil umi ni...tak perlu pakai mixer, cuma adun pakai whisk je...pakai senduk pun boleh, yang penting kacau sehingga sebati tau...


nak tau apa rasanya? bau pisang yang menyengat hidung dan tekstur muffinnya yang amat lembut...yang tak ada gigi pun boleh makan...lembut sangat...manisnya pun sedang elok je...kalau orang kelate kena tambah lagi kot...



JOM CUBA : MUFFIN PISANG COKLAT KUKUS

Apa yang diperlukan?

Bahan A [Ayakkan]
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1sudu kecil baking powder
  • Sedikir garam

Bahan B
  • 1 cawan pisang emas/berangan lecek
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula perang(umi letak cuma 3/4cawan)
  • 2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]
Jom Cuba!
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 20minit (umi kukus 30 minit) atau sehingga masak.
Images

Sup Ikan Chef Hanieliza


Kesian kan ikan merah ni...muncung mulut sebab umi masak sup...tak pe lah..jangan mulut umi yang muncung sudah la...yang pastinya umi tak muncung sebab sup ikan versi chef hanieliza ni ...resepi dari buku 1 hari 1 resepi yang pernah umi ceritakan sebelum ini di sini....menyelerakan...umi sakit tekak makan sup ni suam2....memang kena dengan selera....cuma umi tambah sikit bahan untuk sup ni...tambah kentang dan cendawan tiram sikit, malas punya pasal la ni...senang masak satu lauk je sebab suami umi out-station...hehehe, tu yang malas tu...ikan merah ni masak kari pun sedap tapi dek kerana nak melayan tekak yang perit ni..sup la paling sesuai...tak yah celoteh banyak eh...umi sakit tekak ni...jom layan resepi....

Jom Cuba : Sup Ikan Chef Hanieliza

Apa yang diperlukan?

  • 1 ekor ikan merah (Saiz sederhana besar)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 3 cawan air
  • 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 2 biji kentang - dipotong baji(umi tambah)
  • 50 gram cendawan tiram(umi tambah)
  • 3 biji bawang merah - dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 inci halia - dihiris

Jom Cuba!

  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Panaskan minyak ke dalam periuk. tumiskan bahan hiris hingga wangi.
  3. Masukkan air, kentang, lada hitam dan sup bunjut.
  4. Apabila mendidih, masukkan cendawan dan ikan merah tadi. Kemudian tambah sedikit garam. Biarkan mendidih, kemudian tutupkan api.
  5. Taburkan daun sup dan daun bawang.
  6. Sedia dihidangkan.
Images

Serimuka Mangga...muka ku pun berseri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hujung minggu lepas, umi buat serimuka mangga....memandangkan ada mangga yang umi bawa balik dari kampung dan manis sangat....nak buat serimuka ni kenalah pilih mangga yang manis ya..jangan pula pilih mangga yang masam...hilang la serinya kuih serimuka ni...resepi ni umi ambil dari ryoazhar...dan boleh di klik sini... rasanya manis dan diimbangi dengan pulut yang lemak2 masin tu....kebetulan ibu saudara suami umi dan babysitter anak2 umi datang ke rumah....alhamdulillah, rezeki mereka...seronok sebab ada juadah untuk jamu mereka...suami umi cakap macam tau2 je kan ada tetamu datang...tetamu datang kan bawa rezeki...ok lah jom tengok resepi yang lemak, manis dan masin ni....

Jom Cuba : Serimuka Mangga

Apa yang diperlukan?

*Lapisan bawah

  • 1 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat
  • secubit garam

Jom Cuba!

  1. Rendam beras pulut selama 30 minit,toskan
  2. Masukkan beras dalam bekas yang digliskan dengan sedikit minyak
  3. Tuangkan santan pekat,kemudian taburkan garam
  4. Kukus hingga beras pulut tu nampak lembut.(lebih kurang 15 minit)

sambil tu..buat lapis atas pulak...


Apa yang diperlukan?

  • 1 biji buah mangga yg masak (saiz sederhana)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan air
  • 1 sb gula
  • sedikit pewarna kuning

Jom cuba!

  1. Kupas buah mangga,hiris dan masukkan dalam blender bersama semua bahan
  2. Kisar sampai sebati
  3. Kemudian,tuang ke atas beras pulut..
  4. Kukus lagi selama 15 minit/hingga masak.
Images

Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah

Seperti yang umi janjikan semalam...ini lah resepi yang umi gunakan untuk membuat cup cake untuk birthday ahnaf....mudah untuk membuat kek comel yang sedap ni...teksturnya juga lembut....rasanya kalau bakar lagi lembut tapi umi bakar kek ni...resepi asal ialah dari along@myresepi umi dapat 40 cup cake saiz m untuk resepi ini..banyak kan? tak perlu la adun banyak kali....memang sesuai untuk jamuan dan kalau ada upacara yang melibatkan kanak2 terutamanya....seronok sangat bila kawan2 suka makan cup cake ni..terima kasih chef zubaidah untuk resepi yang hebat ini dan terima kasih juga buat along yang sudi berkongsi resepi...sekarang umi plak nak kongsi resepi yang sedap ni.....

Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah

Apa yang diperlukan?

  • **100 gm serbuk koko

  • **1 tin susu cair

  • **200 gm minyak masak / minyak sayuran / butterdicairkan

  • **250 gm susu pekat

  • 250 gm gula kastor -umi letak 200 gm aje

  • 4 biji telur - pukul hingga berbuih

  • 150 gm tepung gandum

  • 1st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder

Jom Cuba!

  1. Campurkan kesemua bahan bertanda ** dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
  2. Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering dan campurkan sedikit2 sehingga sebati
  3. Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Kek ini sesuai juga dibakar. Bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170c.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing atau ganache.

BUTTERCREAM

Apa yang diperlukan?

  • 80 gm mentega
  • 200 gm krimwell
  • 350 gm golden syrup

Jom Cuba!

  1. Pukul mentega dan krimwell hingga kembang
  2. Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata.
  3. Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak anda.- umi letak pewarna coklat
Images

Eh...Apa umi buat ni?

Minggu ni dah dua jenis kek yang berlapis umi buat...mula2 bakar....lepas tu kukus...kali ni untuk birthday Ahnaf umi buat kek apa ya? berlapis lagi ke? Ahnaf pun teruja tengok kotak kek dia...nak tengok macam mana muka ahnaf masa tinjau kek dia? cuba la scroll ke bawah.....
.
.
.
.
.


mula2 tengok sipi2 je....
.
.
.
.

lepas tu, dekat sikit
.
.
.
.

dekat lagi sikit, sambil senyum
.
.
.
.

haip...muka terkejut...kesian birthday boy umi...kena sergah

ini la rupanya kek yang ahnaf terjenguk2 tu..kek coklat lembut kukus chef zubaidah....cuma yang berbeza, umi tak kukus tapi umi bakar kek ni dan umi macam biasa buat versi cup cake...lebih mudah dan senang kerja...hehehe...untuk hiasan cup cake ni umi menggunakan butter cream....ada 4 corak sebenarnya tapi yang sempat umi ambil hanya 3 jenis hiasan iaitu

Lady bird merah dan 3 keping hati


Gambar upin dan ipin, fav. nazirah ni....


Lady bird kuning dengan 4 kuntum bunga
(ada orang kata...wow, 1 kumbang - 4 bunga....orang lelaki suka ni)

umi siapkan 3 kotak untuk di bahagi2 kan sempena birthday ahnaf ni

satu untuk kawan opis umi


satu untuk keluarga baby sitter Ahnaf dan Nazirah


dan satu lagi untuk kawan2 opis suami umi
.
.
.
dan satu lagi....
.
.
.
.
.
eh umi kata 3 kotak je kan?
.
.
.
.
satu lagi ciuman sayang dari abi untuk ahnaf...jangan marah ya

untuk resepi kek...nanti umi masukkan esok ya..panjang sangat dah entry ari ni....jemu plak nanti.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers