Images

Marilah kita bantu Adik Nurzihnirah

Assalamualaikum, umi dapat email dari ustaz di surau rumah umi..dia mohon umi panjangkan kepada sesiapa yang dapat membantu..mohon tolong panjang2 kan...sesama2 la kita membantu ..setakat kita mampu...



Tuan,Puan, Encik, Cik yg dirahmati Allah.

Maaf ganggu. Cuma ingin berkongsi ttg satu perkara sahaja. Sabtu lps (28/5/2011), sya brksempatan mnziarahi adik Nurzihnirah, anak kpd sepupu sy di hospital temerloh. Adik Nurzihnirah binti Zuhdi ni asalnya dimasukkn ke wad selama 12hari krna masalh prnafasn. Tp swktu discharge, beliau disyaki trkna penyakit Methocondrian liegth. Pnyakit ni dikatakn brpunca drpd faktor genetik yg brlaku hnya kpd pasangn suami isteri yg kahwin dgn sdra rapat ie. sepupu. Wlbgmnapun ianya jg blh brlku kpd pasangn lain tp nisbahnya amat kecil ie. 1:10,000 stiap psgn. Bahaya pnyakit ini adalh klau x dihalang kuman boleh merebak ke seluruh tubuh &musnahkn sel otak. Utk mklmn, pnyakit ini jg tlh dihidapi oleh arwah kakaknya hgga mnemui ajal smsa brumur 7bln. Sy sndri hnya boleh brjmpa dgn bapanya krn adik Nurzihnirah br sdr dr koma &dirawat di ICU. Pilu rs hati krna dlm usia 5bln trpksa mghadapi dugaan yg maha berat. Sy jg amat brsmpati kpd ibubapa adik Nurzihnirah. Selain drpd ibunya yg xbkrja, bapanya hnya brpndapatn kecil kerana bkrja sbg buruh dgn majlis prbandaran bentong. Tujuan
posting sy ini adalah utk brkongsi penderitaan yg sdg dihidapi oleh adik nurzihnirah mana tau ada shabat2 yg brkelapangn sudi utk mnunjukkn kperihatinan dgn mnghulurkn sokongn kpd beliau. Ibu & bapa adik ini boleh dihubungi mlalui talian 0133325273 (zuhdi) & 0196045834
(norizan).

Jika ada yg ingin mnyumbang dr sudut kewangn sy brsedia utk mnjadi org tgh.
No akaun sy: SYAHRUL NIZAM ZAHARI -
06028020293110(B.ISLAM),164052424051(MAYBANK), 16423600044557(RHB).
Smg Allah mmbalas sgla jasabaik sahabat2 semua. Amin.. Cuma hrp bgtau sy klau ada mskkn duit. No.hp sy: 0199807804.

PS:
1. Pasangan ibubapa adik Nurzihnirah ni bukanlah kahwin sepupu tp mreka ditakdirkn mnjadi pasangan yg 1 dlm 10,000 tu. Smg mereka tabah & redha ats ketentuan dariNya.
2. Inisiatif fund raising ni adalah atas kemahuan sy sndri (BUKAN atas permintaan ibubapa Nurzihnirah) sbb sy tak dapat melakukan hal yg sama utk arwah kakaknya dulu.
3. saya brcadang utk selesaikan fund raising ni dlm tempoh seminggu ni sbb cadang nak balik temerloh skali lg mggu depan smbil2 memenuhi undangan walimatul arus dll. Kalau bagi lps tu pun, sy cubalah utk smpaikan nnt, insyaAllah.

Regards,

SYAHRUL NIZAM ZAHARI
Islamic Banking
OSK Investment Bank Berhad
D/L : (603) 2333 8586
Fax : (603) 2163 2950
Images

Kek Coklat Simple Tanpa Telur

Assalamualaikum

Lama betul rasanya umi tak post apa2...kek ni umi buat untuk dimasukkan entry ari jumaat tapi tak boleh nak buat sebab umi cuti ari jumaat...ahnaf, demam nak tumbuh gigi lagi kot..merengek dan tak boleh letak langsung..ye la ragam anak demam macam tu la...sentiasa nak peluk, mungkin tak selesa...ye la bila dengan umi, dia rasa selesa dan selamat...ari ahad pula, satu hari tak boleh nak masak sebab ada tukang paip datang tukar paip rumah umi yang dah karat tu...maklum lah rumah lama, macam2 la ragam nya...alhamdullillah..sekarang semua dah selesai..ahnaf pun dah sihat....

ok la, ari ni umi nak tayang kek yang umi buat minggu lepas....kek coklat simple tanpa telur..resepi oleh umi_e@myresipi.com...banyak resepi dari umi_e ni...bak kata umi_e, resepi ni resepi paling murah dan mudah dibuat! Hasilnya juga memuaskan... moist... umi pun rasa macam tu juga...ok la jom tengok resepi yang mudah dan sedap ni...

Jom Cuba : Kek Coklat Simple Tanpa Telur

Apa yang diperlukan? ( 1 biji sederhana untuk 8-10 orang )

  • 3 cawan tepong gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula (castor sugar)
  • 2 sudu teh baking powder
(Kesemua bahan ini bolehlah disatukan)
  • 2 cawan air
  • 2/3 cawan minyak masak
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh esen vanilla
(Kesemua bahan cairan bolehlah disatukan)
  • Cokelat urai (untuk hiasan atau apa2 yang disukai)

Jom Cuba!

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan)
  1. Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati
  1. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan margerin (supaya tak lekat) dan bakar sehingga masak (bila masukkan lidi keluar dgn bersih)
  1. Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehah ditaburkan cokolat urai ke atasnya (kalau dah sejuk nanti tak melekat)
Images

Sup Telur Puyuh & Brokoli

Assalamualaikumsalam dan selamat tengahari

Hari ini umi bawa bekal yang amat ringkas...kegemaran nazirah iaitu sup telur puyuh & brokoli...sup yang ringkas tapi kenyang...brokoli pulak bagus untuk kesihatan...ada sedikit info pasal brokoli yang ingin umi kongsikan...

Khasiat Brokoli Bagi Tubuh

Sumber : lifestyle.okezone.com

TENTUNYA, Anda semua mengenal jenis sayuran yang satu ini. Bentuk khas yang berkerut-kerut membuat sayuran itu begitu mudah diingat. Ya, apalagi kalau bukan brokoli.

Brokoli memiliki nama latin Brassica Oleracea. Brokoli merupakan tanaman sayuran yang termasuk dalam suku kubis-kubisan (Brassicaceae). Oleh bangsa Yunani kuno, tanaman yang berasal dari daerah timur tengah ini sudah sejak lama dibudidayakan. Dan sayuran yang mengandung banyak vitamin C ini mulai dikenal di Indonesia sekitar tahun 1970-an. Sampai saat ini brokoli sudah sangat popular sebagai bahan pangan.

Sudah sejak lama jenis sayuran yang mirip dengan kembang kol ini dipercaya memiliki khasiat yang sangat besar bagi kesehatan tubuh. Salah satunya adalah untuk mengatasi segala urusan lambung. Seperti sayuran lainnya, brokoli kaya akan provitamin A atau karotenoid, vitamin E, asam folat dan vitamin C. Menurut beberapa pakar kecantikan, vitamin A pada brokoli mengandung antioksidan yang lebih baik dibandingkan antioksidan yang dimiliki oleh vitamin C. Selain itu, manfaatnya pada peremajaan kulit sangat baik karena revitalisasi evitel vitamin A dapat menghambat dan memperlambat penuaan pada kulit. Itu adalah salah satu dari sekian manfaat brokoli. Berikut beberapa ulasan mengenai manfaat brokoli serta cara mendapatkannya.

Mengatasi Semua Masalah Lambung

Brokoli bermanfaat untuk mengatasi sembelit. Dari masalah yang paling ringan. Brokoli mengandung nutrisi, fivonoid, dan serat. Seperti kita tahu bahwa serat dibutuhkan oleh tubuh untuk memperlancar proses pencernaan. Dan serat pada brokoli dapat mencegah timbulnya konstipasi atau yang lebih dikenal dengan sebutan sembelit.

Penelitian terbaru dan lebih spesifik memberikan gambaran bahwa brokoli mampu menekan resiko beragam gangguan pencernaan seperti maag, infeksi lambung, dan kemungkinan kanker perut. Dalam sebuah studi di Jepang, para ahli menemukan fakta bahwa mengonsumsi 70 gram brokoli segar setiap hari selama 2 bulan dapat melindungi menusia dari bakteri perut yang terkait penyakit maag, infeksi lambung, dan kanker perut. Zat yang terdapat dalam brokoli yang paling penting untuk mencegah urusan lambung adalah sulforaphane juga mampu meningkatkan produksi enzim di hati. Enzim ini berperan menggandeng bahan-bahan karsinogen (menyebabkan kanker) yang dan mengeluarkannya dari sel. Selain itu, sulforaphane memiliki kemampuan untuk membunuh Helicobacter pylori (kuman pengganggu kerja lambung). Dan dalam dunia medis, kuman tersebut adalah penyebab utama luka dan kanker dan lambung.

Mencegah kerusakan sel pembuluh darah pada penyakit diabetes. Selain untuk urusan lambung, peneliti dari Universitas Warwick meyakini jika sulforaphane memiliki peran dalam memulihkan kembali pembuluh darah yang rusak akibat tingginya kadar gula darah (hiperglikemia), yang berkaitan erat dengan diabetes.

Alzheimer adalah bentuk dementia (berkurangnya ingatan) yang paling umum ditemui di kalangan orang tua. Penyakit aktivitas sehari-hari penderitanya. Sebenarnya sudah sejak lama brokoli diyakini memiliki peranan penting untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Banyak peneliti yang menduga bahwa brokoli mengandung senyawa antiacetylcholinesterase. Dalam penelitian yang dilakukan oleh King College di London, brokoli dianggap memiliki sifat antiacetylcholineaterase paling kuat.

Cara Mengambil Manfaat dari Brokoli

Untuk mendapatkan manfaat yang sudah disebutkan di atas, tentunya tak lantas begitu saja Anda bisa membeli brokoli dan mengonsumsinya. Kemudian berharap mendapatkan manfaatnya. Brokoli yang bagus memiliki warna hijau gelap dan bertekstur jelas kasar.

Ada beberapa cara untuk mengonsumsi brokoli, supaya Anda tetap mendapatkan manfaat bagi kesehatan. Bila Anda menyukai sayuran segar, brokoli bisa Anda konsumsi langsung. Atau bisa juga Anda jadikan sebagai salah satu isi lalapan dan juga dicampur dengan sayuran lain untuk salad. Pilihan lain, Anda bisa mengonsumsi brokoli dalam bentuk jus.

Bila Anda tak terlalu suka mengonsumsi langsung, Anda bisa memilih untuk merebus terlebih dahulu. Namun perlu diperhatikan, sebaiknya Anda tak mengukus atau merebus brokoli lebih dari 5 menit 1 inchi di atas air mendidih. Karena kandungan sulforaphane bisa hilang bila brokoli terlalu lama dimasak. Dan perlu diketahui, kandungan sulforaphane dalam brokoli segar lebih tinggi dibanding pada brokoli yang direbus atau kukus terlalu matang.

Bila ingin mencuci brokoli, sebaiknya Anda lakukan dengan mencucinya pada air kran yang dingin. Dan sebaiknya Anda jangan merendam brokoli karena zat aktif maupun nutrisinya dapat larut dalam air.
Jom Cuba : Sup Telur Puyuh & Brokoli

Apa yang diperlukan?
  • 10 biji telur puyuh(rebus hingga masak & kupas kulitnya)
  • 2 biji kentang [potong kecil]
  • 1 batang carrot [potong kecil]
  • 1 pokok brokoli [potong pendek]
  • 2 cawan air atau secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan tumis [tumbuk kasar]

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 s/k lada hitam

Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan air dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.
  3. Masukkan telur puyuh masa air menggelegak.
  4. Kemudian masukkan brokoli dan tutup api.
  5. Hidangkan.
Images

Donut Ball(pandan)

Assalamualaikum dan selamat pagi

Alhamdulillah... hari ini telah dipanjangkan umur dan dilimpah ruah rezeki oleh Allah s.w.t.....hari ni kita masih boleh bernafas dan diberikan kesempatan memperbaiki diri dan bertaubat....sarapan apa pagi ni? umi buat donut ball untuk santapan suami harus ke cyberjaya pagi ni..sebagai alas perut, jadi tak la lapar sangat nak tunggu minum pagi pukul 10 nanti. Sarapan kan baik untuk kesihatan bukan hanya budak2 tapi orang dewasa supaya bertenaga di pagi hari...resepi ni umi ambil dari Izah Daut semalam semasa tengah mencari menu untuk dimasak...izah pula amik dari kak dayang yang kreatif tu....sedap dan lembut je...walaupun dah sejuk tapi masih lembut...warnanya hijau sedikit sebab diletakkan pandan emulco memberikan kelainan ke atas rasa donut ball ni..jom tengok resepinya...

Jom Cuba : Donut Ball(pandan)

Apa yang diperlukan?

  • 2 cawan tepung high protein atau tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil pelembut doh *saya tak letak
  • 1/2 sudu besar yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
  • 90 ml susu segar (-/+)*kurangkan sikit
  • 1/2 sudu kecil pes pandan atau pandan emulco
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • gula icing atau gula halus untuk saduran

Jom Cuba!

  1. Kisar/putar semua bahan (kecuali tepung, pelembut doh, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan pelembut doh. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.

Images

Saya Nak Masuk Bloglist MyMye MyMya



Petang ini semasa umi duk belek2 semua blog yang umi follow, umi terpandang satu blog cute tengah buat segmen..iaitu blog MyMye Mymya...satu blog secomel tuannya...ok lah, kalau ada sesiapa yang nak join, boleh klik sini ya...masanya limited...so apa tunggu lagi...jom join..rapatkan ukhwah...
Images

Ikan Kembung Masak Asam

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Hari ini umi bawa bekal ikan kembung masak asam....teringin pula bila jenguk blog kak ita ari tu...teringat masa kat kampung, nenek umi suka masak asam ni sebab senang...laju je umi dan arwah pak cik umi makan...ini adalah salah satu masakan fav. arwah..rindu betul kat arwah sebab umi cucu sulung dan rapat dengan arwah...al-fatihah untuk arwah Pak Hakim...rindunya..apa pun tengok la resepi...resepi asal kak ita disini

Jom Cuba : Ikan Kembung Masak Asam

Apa yang diperlukan?

  • 2 ekor ikan kembung - disiang, cuci bersih digaul dgn kunyit dan garam dan digoreng hingga kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknyer.
  • 2 biji bawang besar - dipotong bilat1 biji cili merah - dihiris serong
  • 1 biji cili hijau - dihiris serong
  • 6 biji cili api - dibelah 2
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 cm halia - dimayang
  • sedikit belacan jika suka
  • 200 ml air asam
  • tomato ceri secukupnya
  • garam secukup rasa
Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang hingga harum. Masukkan air asam dan belacan yg telah dikisar dan masak hingga didih. Perasakan garamnyer.
  2. Kemudian masukkan cili api, cili hijau, cili merah, tomato ceri dan bawang besar.
  3. Akhir sekali masukkan ikan kembung biar seketika hingga kuah menyerap dan sedia dihidangkan.
Images

Lempeng Udang Kering Resepi Ibu


Rindunya dengan ibu umi, kalau kat kampung di kota tinggi...ini adalah salah satu fav. umi dan ayah umi...untuk makan pagi atau malam...umi tak tau orang lain panggil apa tapi yang umi tau, dalam lempeng ini ada guna udang kering...sedap makan macam tu je atau dengan pencicah seperti kari ayam, sambal bilis, atau pun kuah asam pedas pun boleh...nak buat lempeng ni senang dan tidak banyak bahan yang digunakan...kiranya masak ekspress la jugak...sekelip mata je boleh siap tapi jangan masa masak plak pejam mata ya...nnt lain jadinya....ok la jom tengok resepinya

Jom Cuba : Lempeng Udang Kering

Apa yang diperlukan?

300 gram tepung gandum
2 biji bawang besar - dipotong dadu
100 gram udang kering - direndam air panas dan ditumbuk halus
1 biji telur
Air secukupnya - untuk bancuhan cair sedikit dari bancuhan cekodok
2 sudu kecil garam
3 biji cili merah - dihiris (umi tak letak)
10 gram daun bawang - dihiris
mentega untuk melenser kuali

Jom Cuba!
Masukkan tepung, bawang besar, udang kering dan garam di dalam mangkuk.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan cair sedikit dari bancuhan cekodok.
Pecahkan telur dan kacau sebati. Masukkan pula daun bawang dan cili merah. Kacau sedikit.
Lenserkan mentega di dalam kuali.
Ambil sesenduk bancuhan dan biar masak. Balikkan dan biar masak seketika.
Buat sehingga habis. Makan la dengan pencicah kegemaran.
Images

Koay Teow Kantonis


Assalamualaikum dan selamat tengahari

Makan apa tengahari ni? umi bawa bekal koay teow kantonis...satu satu resepi yang mengenyangkan dan mudah untuk dicuba...terutama kelainan resepi ini kerana terdapat penggunaan minyak bijan yang memberikan aroma dan rasa yang lain sedikit dari masakan melayu selalu umi makan...sesuai untuk sesiapa yang ada anak sebaya nazirah yang tidak makan pedas, untuk sesiapa yang suka pedas boleh tambah cili padi atau makan dengan lada jeruk...mertua lalu pun tak perasan..yela lalu kat belakang, mana ada mata di belakang kan?..resepi ini umi ambil dari Buku koleksi Rasa : Mahir Memasak Langkah Demi Langkah yang mengandungi 140 resepi masakan lama & baru...pelbagai menu dari apetiser, lauk pauk & sayuran, aneka mi & nasi, kuih muih melayu, puding & pengat, kek & roti...eh...macam promote buku plakkan?...jom kita jenguk resepi ni

Jom Cuba : Koay Teow Kantonis

Apa yang diperlukan?

  • 160 gram kaoy teow (ditumis dengan minyak bijan)
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 2 sudu besar minyak masak - untuk menumis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil kicap masin
  • 1/2 sudu kecil perasa ayam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 3 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
  • 20 gram sawi
  • 10 gram lobak merah
  • 10 gram jagung muda (umi tak ada stok)
  • 10 gram cendawan shitake - direndam dgn air panas selama 1/2 jam (umi ganti dgn cendawan tiram)
  • 1 biji telur
  • 10 gram ayam, sotong dan udang - dihiris
  • 5 gram daun bawang - untuk hiasan
  • Bawang goreng- untuk hiasan

Jom Cuba!

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Selepas itu, masukkan air dan sos tiram.
  3. Masukkan pula kicap masin, lada sulah, minyak bijan dan perasa ayam. Biarkan didih.
  4. Kemudian masukkan pula sawi, lobak merah, jagung muda dan cendawan shitake yang telah dipotong tadi. Biar separuh masak. Tambah air jika perlu.
  5. Selepas itu, masukkan pula hirisan ayam, sotong dan udang. Biar masak.
  6. Masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  7. Bila kuah sudah didih, pecahkan telur ke dalam kuah. Kacau sebentar.
  8. Akhir sekali, tuang kuah ke koay teow yang telah diletakkan di atas pinggan. Hias la dengan daun bawang dan bawang goreng. Sesuai dimakan panas2.
Images

Almond Carrot Cupcake


kek cawan karot ini umi buat untuk kawan opis umi...ini merupakan salah satu kek kegemaran kawan umi...seronok bila dia seronok dapat makan dan dia kata sedap..resepi ni adalah satu resepi yang umi dapat masa masuk kelas belajar 5 jenis kek cawan di Bake Well di Taman Seri Gombak tu...ni je la satu2 kelas yang umi pergi pun...ok..jom tengok resepi....

Jom Cuba : Almond Carrot Cupcake

Apa yang diperlukan?

Bahan A
  • 225 gram butter (dicairkan)
  • 210 gram gula castor
  • 4 biji telur gred A

Bahan B
  • 200 gram carrot (disagat halus dan disangai untuk betul2 kering)
  • 50 gram badam kisar
  • 50 gram kelapa kering (optional)

Bahan C
  • 200 gram tepung superfine
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda

Cream Cheese Topping
  • 360 gram cream cheese
  • 70 gram butter
  • 200 gram gula icing

Jom Cuba!

  1. Cairkan butter. Apabila butter telah suam2 kuku, masukkan bahan A yang lain. Kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan Bahan B, gaul sebati.
  3. Masukkan pula Bahan C. Kacau sehingga sebati.
  4. Isikan separuh dalam acuan atau cup.
  5. Bakar suhu 180 darjah selama 25 minit.

Cara untuk topping
  1. Putar cream cheese dan butter sehingga gebu.
  2. Masukkan pula gula icing, gaul sebati.

Images

Happy Birthday to Me & Umi's Cup Cake Blog


Hari Sabtu lepas, genap la blog ni 3 tahun dan sama tarikh dengan birthday umi..alhamdulillah...telah banyak umi lalui dengan blog yang tidak seberapa ni...suka, duka, manis, pahit, masam, masin..semuanya cukup....terima kasih yang tidak terhingga kepada suami dan anak2 yang banyak menyokong umi disamping keluarga umi yang banyak memberi kasih sayang melimpah ruah...terima kasih juga buat kawan blog yang sudi memeri komen dan pandangan yang bernas untuk umi...jadi tak la syok sendiri....apa pun kalian memang terbaik dalam yang terbaik....
umi sayang semua

Kek hari lahir dari suami dan anak2...terima kasih


Coffee maker dari suami, nampaknya hari2 la umi meng'kopi'...
Images

Nasi Mangga Muda

Assalamualaikum dan selamat petang

Alhamdulillah..mesti semua dah makan tengahari kan? makan apa? umi makan nasi mangga muda...sedap...kebetulan balik terengganu ari tu, mak mertua bagi banyak mangga muda...besar2 plak tu...lagi sedap makan dengan keropok..terangkat...resepi ni umi ambil dari Majalah Rasa seperti kat bawah ni...resepi kat bawah juga ya...

Jom Cuba : Nasi Mangga Muda

Apa yang diperlukan?
  • 150 gram nasi putih
  • 20 gram udang
  • 20 gram sotong (dipotong bulat) - umi tak letak sebab tak ada
  • 3 biji bawang merah- dihiris
  • 2 ulas bawang putih- dihiris
  • 1 biji mangga muda - dihiris
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar cili boh
  • garam dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Jom Cuba!

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh dan masak hingga garing.
  3. Seterusnya masukkan sotong dan udang.
  4. Setelah sambal mendidih, masukkan mangga muda. Kacau sebati.
  5. Kemudian pecahkan telur. Gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan nasi putih, kacau rata dan perasakan. Sedia dinikmati.
Images

Mee Goreng Basah

Assalamualaikum dan selamat tengahari
Mee ni umi buat untuk makan malam tadi..atas permintaan suami...suami umi suka makan mee yang berkuah seperti mee goreng basah, mee bandung (terutama mee bandung muar...sedap), mee hailam, mee rojak dan macam2 lagi la..tapi suami umi lebih suka makan di rumah memandangkan selalunya bila beli di kedai...dia akan sakit perut sebab asid borik di mee yang tidak direndam dahulu..kalau umi, umi akan rendam mee tersebut atau rebus dengan air panas dahulu sebelum dimasak apa jua hidangan...resepi mee goreng basah ni umi ambil dari minami133. di Myresepi.com....masa yang diperlukan hanya 20 minit...tapi umi masak tak berapa pedas memandangkan anak2 umi nak makan...ok la jom tengok resepi yang sedap ni

Jom Cuba : Mee Goreng Basah

Apa yang diperlukan? ( 5 orang )

  • 500-600 gm mee kuning
  • 1 keping dada ayam
  • 1/2 bawang besar(dimayang)
  • 2 ulas bawang putih(dicincang)
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu kicap cair (optional)
  • sawi @ kobis
  • sekeping tauhu (dipotong kecil dan digoreng)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • garam & sedikit ajinomoto
  • minyak utk tumis bawang
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • air

Jom Cuba!

  1. Panaskan minyak. Setelah minyak panas, tumis bawang dan bawang putih sehingga agak garing.
  2. Di dalam mangkuk, bancuh serbuk cili dgn air dan masukkan ke dalam kuali setelah bawang garing
  3. Apabila cili dah pecah minyak, masukkan ayam. Biarkan ayam masak.
  4. Masukkan pula sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kicap cair.Kacau rata. Masukkan pula 1 cawan air.
  5. Kemudian masukkan garam, ajinomoto dan gula. Bila sudah mendidih, masukkan tauhu goreng dan mee. Kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan sayur. Jika nak lebih gelap warnanya tambah kicap cair.
  7. Jika nak pedas, potong cili api dan masukkan ke dalam mee. Boleh juga guna serbuk black pepper.

Images

English Bread

Assalamualaikum dan selamat pagi

Dah lama rasanya umi tak post apa2 entry...sebenarnya ada dua sebab...
  1. umi balik terengganu...tengok anak saudara baru...Mohammad Hazim..nama secomel orangnya..seronok sangat..bau baby memang best....tengok lah gambar dia tido, comel kan?
2. laptop rosak...sedih...
Apa2 pun, pagi ni umi buat sarapan untuk suami umi roti inggeris atau English Bread...kesian suami umi, ada conference tapi minum pukul 11.00 pagi ..lapar la, nasib baik tak ada gastrik....jadi pagi ni umi siapkan sarapan dulu..roti ni makan dengan sapuan mentega kacang..kalau suka, boleh juga makan dengan pelbagai jenis jam seperti jem nanas, strawberi, blueberry atau dengan harsley sos coklat pun boleh..umi suka makan dengan kari ayam..maklumlah tekak orang melayu..sedap, lebih2 lagi minum dengan secangkir nescafe 'o' panas....nikmatnya...jemput makan...





English Bread (Roti Inggeris)


Apa yang diperlukan? (1 loaf)

  • 300gm tepung roti
  • 1 camt instant yeast
  • 1 camb gula kastor
  • 1 camt garam
  • 30ml (2 camb) susu segar
  • 180ml air suam
  • 10gm mentega / unsalted butter
  • sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti

Jom Cuba!
  1. Masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh.
  2. Tunggu sehingga siap selama 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM masing2.
  3. Kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung.
  4. Tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin.
  5. Bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan biarkan rehat selama 10-15 min.
  6. Kemudian bahagikan doh kepada dua bahagian dengan setiap satu seberat 265gm.
  7. Bentukkan semula menjadi bulat besar.
  8. Ambil satu doh tadi dan canaikan menjadi bentuk bulat dan gulungkan seperti swiss roll (*akak ikut Mama, roll memanjang dan dandankan roti tersebut - dandan pun x berapa cantik...kerastangan..hehe) Kak ita bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna kesukaan pada setiap bahagian doh kemudian perap semula selama 10 minit. kemudian kak ita bahagikan lagi setiap doh kepada 2 bahagian yg bermaksud dapat 6 ketul doh. Pintal memanjang setiap doh. Kemudian ambil 3 warna yg berbeza dan pintal seperti tocang. Buat lagi cara yg sama pada 3 ketul yg lain. Susun 2 tocang memanjang dalam loyang roti. Tutup dgn towel basah dan perap lagi selama 1 jam di ruang yg panas udaranyer sehingga naik 2 x ganda.
  9. Susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu.
  10. Lakukan lagi dengan doh yang satu lagi.
  11. Kemudian biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam.
  12. Jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan.
  13. Apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  14. Setelah itu bakar pada suhu 190-200C (bergantung pada jenis oven masing2) selama 30-35 min atau sehingga masak dan keperangan (jika suka roti yang crusty bolehlah ditaburkan sedikit tepung ke atas doh tadi sebelum dibakar, jika suka bolehlah disapukan dengan egg wash campuran telur dan susu atau air)
  15. Setelah masak bolehlah dikeluarkan dari oven dan sapukan dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut
  16. Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong.
Images

Puding Strawberi Kak Nor Secubit Garam

Assalamualaikum & selamat pagi

Dah sarapan? Sarapan yang berat atau ringan? apa pun alhamdulillah bagi yang dah sarapan..yang belum, kena la sarapan sebab ia baik untuk kesihatan...puding strawberi Kak Nor...umi buat bukan untuk sarapan ya...tapi untuk minum petang semalam....sebenarnya nak habiskan strawberi yang kat rumah tu...umi letak dalam acuan puteri ayu...comel sikit..rasa puding ni sedap..penuh rasa strawberi tapi tak masam...elok2 je rasa dia...terima kasih Kak Nor...mintak izin letak resepi di sini ya...


Jom Cuba : Puding Strawberi

Apa yang diperlukan?

  • 5 gm agar2 serbuk
  • 2 1/2 cawan air
  • 6 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
  • 1/2 tin susu cair
  • 100gm strawberi ~ blend dgn sedikit air
  • sedikit pewarna merah

Jom Cuba!
  1. Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
  2. Masukkan susu cair dan buah strawberi yg diblend tadi serta pewarna hmerah. Padamkan api.
  3. Kacau hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
  5. Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
  6. Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan
Images

Giveaway 'SAYA SUKA KUIH"


Umi nak join giveaway Kak Zalin ni...syarat2nya senang je....

Syarat 1 : Mesti ada blog - selesai

Syarat 2 : Jadi Follower - dah lama jadi follower Kak Zalin

Syarat 3 : Copy Gambar di atas - selesai

Syarat 4 : Kenapa suka makan kuih?
Kenapa umi suka makan kuih? umi suka makan kuih sejak zaman budak2 lagi sebab ibu umi rajin buat kuih muih untuk kami sekeluarga makan selain dapat tempahan dari kawan2 opis ibu..pesan ibu, 'kalau kita buat sendiri, lebih jimat dan terjamin kebersihannya..selain itu, anak2 ibu boleh makan banyak2..kalau beli mungkin tak cukup sebab anak2 ibu KUAT MAKAN'

Syarat 5 : Tinggalkan komen di blog Kak Zalin - jap lagi umi buat

Senang je kan syarat2nya...Ok la sesiapa yang nak join boleh Klik sini, tarikh tutup pada 13hb Jun 2011
Images

Konyaku Jelly Peach

Assalamualaikum & selamat petang

Seperti yang umi janjikan..umi nak kongsi resepi mudah iaitu Konyaku Jelly Peach...resepi umi campur2 je tapi keluarga umi suka, suami pun minta buat lagi..memandangkan sekarang cuaca agak kering...tambah pulak baru keluar dari peti ais..nyaman rasa tekak...ok jom tengok resepi mudah ni..

Jom Cuba: Konyaku Jelly Peach

Apa yang diperlukan?

  • 10 gram konyaku jelly serbuk
  • 250 gram gula halus
  • 950 ml air
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 3 sudu kecil perasa oren
  • Buah peach dalam tin secukupnya


Jom Cuba!

  1. Dalam bekas kecil, campurkan serbuk konyaku jelly dan gula halus hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan air. Biar sehingga didih.
  3. Setelah air didih, masukkan campuran jelly dan gula sedikit demi sedikit supaya tidak berketul.
  4. Setelah sebati, masukkan pewrna kuning dan perasa oren. Kacau rata. Tutup api.
  5. Masukkan buah peach yang telah dipotong dadu di dalam acuan yang telah dibasahkan dahulu.
  6. Tuang aduanan konyaku jelly, biarkan sejuk. Apabila telah sejuk, boleh dimasukkan di dalam peti ais.


Images

Nasi Halia


Untuk bekal tengahari ni, umi masak nasi halia dimakan bersama sup cendawan dan burung puyuh goreng...resepi nasi halia ni senang je..pejam mata pun boleh buat...jangan masak sambil pejam mata tau..nanti kena minyak panas, marah cik abang kat umi...resepi ni umi ambil dari Majalah Rasa : Langkah Demi Langkah yang umi beli masa Pesta Buku di PWTC...bau halia yang memikat disamping halia adalah baik untuk kesihatan...jom semak resepi yang mudah ni...

Jom Cuba : Nasi Halia

Apa yang diperlukan?

  • 300 gram nasi putih
  • 150 gram marjerin
  • *3 biji bawang merah - dihiris
  • *2 ulas bawang putih - dihiris
  • *1/2 inci halia - dihiris
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam secukup rasa

Untuk Hiasan : 1/2 inci halia dipotong memanjang dan digoreng

Jom Cuba!
  1. Panaskan marjerin dan tumis bahan hiris (*) sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan nasi putih dan gaul sehingga sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Bila hidang, taburkan halia yang telah digoreng. Nikmati lah dengan sup cendawan dan puyuh goreng.
Nanti umi postkan pula desert Konyaku Jelly Peach ya....InsyaAllah


Images

Red Velvet Cup Cake 2


Seperti yang umi janjikan, umi masukkan resepi red velvet...bahan2 nampak macam banyak tetapi sebenarnya simple dan mudah..umi asingkan supaya senang bila nak buat, tak de la dah separuh jalan...ada yang tertinggal...selamat mencuba ya...

Jom Cuba : Red Velvet Cup Cake

Apa yang diperlukan?

Bahan Butter Milk

  • 240 ml susu cair
  • 1 sudu kecil cuka apple
  • 1 sudu besar pewarna merah

Cara : Campurkan susu cair dan cuka apple. Biarkan selama 10 minit. Kemudian masukkan pewarna merah. (nota : Boleh digantikan dengan buttermilk yang ada dijual di pasaraya)

Bahan A

  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil koko

Bahan B

  • 50 gram walnut/badam/hazelnut(umi ganti dengan kacang tanah tumbuk)

Bahan C

  • 113 gram butter
  • 150 gram gula castor
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 2 biji telur gred B

Bahan D

  • 1 sudu kecil cuka apple
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara : Dalam bekas kecil, masukkan baking soda kemudian tuangkan cuka. Kacau sampai hilang buih.

Jom Cuba!

  1. Pukul bahan C kecuali telur sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Campurkan buttermilk selang seli dengan bahan A sehingga sebati.
  4. Masukkan walnut.
  5. Akhir sekali, masukkan bahan D hingga sebati.
  6. Isikan sehingga separuh cup supaya boleh dihias. Bakar 180 darjah selama 25 minit. (umi bakar 150 darjah, selama 30 minit – ikut oven)

Lemon Butter Cream

  • 150 gram Creamwell
  • 210 gram gula ising
  • 50 gram butter
  • 2 sudu kecil lemon paste (umi gantikan sunquick)

Cara : Pukul semua bahan sampai gebu. Masukkan dalam piping bag dan hiaskan cup cake.

(nota : kek hendaklah betul2 sejuk sebelum dihias supaya butter cream tidak cair dan cantik bentuknya)


Jemput makan ya
Images

Red Velvet Cup Cake


Sempena Hari Ibu, umi buat red velvet cup cake...merah semerah hati yang penuh kasih sayang..umi belajar buat red velvet ni di Kedai Bake Well di Fasa 1, Taman Seri Gombak....umi buat untuk ibu2, mama2 dan umi2 di sekeliling umi...nak hantar ke Johor dan Terengganu..jauh la pulak..jsdi hantar yang dekat je la...gambar yang atas, untuk Kak K depan rumah...kalau nak resepi, next entry...umi masukkan....tengok gambar je la dulu ya...apa pun
SELAMAT HARI IBU untuk SEMUA IBU

Ini untuk Kak Su, Jiran sebelah

Ini pula untuk Kak Yang, Babysitter anak2 umi

Indahnya pengalaman menjadi ibu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers