Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Thursday, April 28, 2011

Bloglist Bangku Kosong


Harap2 sempat la umi join sebab internet slow sesangat..geram rasa tapi sabar je la..nak join? klik sini

Tuesday, April 26, 2011

Giveaway : Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca Buku

Jom Join Umi dan rakan yang lain dalam Giveaway ni..satu galakan yang membina

Kaedah Penyertaan :
  • Sertakan sekeping gambar anak anda dengan buku

  • Tuliskan bagaimana anda merangsang atau menggalakkan anak anda membaca buku
Budak yang umurnya bawah 9 tahun lebih tertarik dengan buku yang berwarna dan banyak gambar.. dan satu hari satu buku kecil...atau satu cerita sebelum tidur untuk satu hari
  • Namakan alat bantu mengajar yang anda gunakan untuk mendapat seorang anak yang minat membaca
Selain daripada buku, saya juga gunakan kad bergambar untuk anak2 saya minat membaca termasuk buku yang disertakan Cd untuk kemahiran menyebut perkataan dengan betul


Syarat lain :
  • Anak berusia 9 tahun dan ke bawah
  • Letakkan link blog ini dalam bloglist blog utama anda, sila nyatakan blog utama anda di dalam entry penyertaan
  • Letakkan link blog penaja hadiah utama dalam bloglist blog utama anda dan follow R.U.M.A.H.K.A.M.I
  • Letakkan gambar rasmi giveaway ini di dalam entry dan di sidebar anda dan pastikan di linkkan ke entry giveaway ini.
  • Tinggalkan link penyertaan anda di dalam kotak komen dalam entry ini
Tempoh penyertaan :
  • 1 April - 30 April 2011 (sehingga tengah malam)
Pemenang :
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar dan idea bagaimana menjadikan anak seorang yang cinta kepada buku
Hadiah :
  • 1 hadiah utama ditaja oleh ROZY dari blog R.U.M.A.H.K.A.M.I (A lady engineer who used to be passionate in mountaineering, now as a mother of 2, a hardcore supporter in breastfeeding, babywearing, cloth diapering and trying to opt for green living)
  • 5 buah buku di bawah tajaan Ummu Mishkah (Thanks K.Latie)
  • 4 buah buku cerita yang memaparkan pelbagai cerita berunsur teladan kepada setiap 3 orang pemenang saguhati (Buku itu menggunakan bahasa yang mudah difahami, disertakan dengan suku kata dan ilustrasi berwarna-warni yang dapat merangsang minat membaca di kalangan kanak-kanak)
  • Setakat ini 9 peserta akan menerima hadiah seperti di atas.
Seperti biasa, selepas giveaway ini tamat, saya akan buat entry yang merangkumi keseluruhan isi kandungan penyertaan kalian. Jadi, semua orang akan mendapat hasilnya bersama. Sebelum ini, saya ada membuat satu giveaway dan hasilnya anda boleh lihat di sini : Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi.

Semoga, giveaway kali ini kita akan dapat share ilmu parenting sama-sama ye?

Strawberi Smoothie CMG

Smoothie ni umi buat petang semalam sejurus balik kerja...rasa kering tekak, jadi smoothie ni la terbaik..resepi dari CMG..lagi pun umi nak abiskan strawberi dalam esbok tu..nnt lama2 tak boleh makan pulak..cuma umi tak letak whipping cream (kurang gemar so umi hanya curah sos coklat harsley dan hirisan strawberi)..jemput minum ya...

Jom Cuba : Strawberi Smoothie

Apa yang diperlukan?
  • 10 biji strawberry
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • Gula secukup rasa
  • Ais kiub secukupnya
  • Whipping cream untuk hiasan (optional)
  • Strawberry segar untuk hiasan (optional)

Jom Cuba!
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali whipping cream dan strawberry untuk hiasan, ke dalam alat pengisar atau blender.
  2. Kisar hingga halus dan sebati.
  3. Tuang dalam gelas pilihan anda, paipkan whipping cream atasnya dan hias dengan hirisan strawberry. Hidangkan segera......pengsan okeh!..

Penne Sardin


Resepi ni umi ambil dari Majalah Rasa yang sama macam entry sebelum ini..resepi dari chef yang sama..tapi kali ini resepinya ialah Penne Sardin...satu resepi yang simple tapi sedap...cuma disebabkan di dapur umi tak ada penne, umi gantikan dengan pasta shape yang lebih warna warni seperti di bawah ni, boleh la menarik minat budak2 makan dan yang penting tak la pedas


tak payah celoteh panjang, jom kita cuba resepi ini...

Jom Cuba : Penne Sardin

Apa yang diperlukan?

  • 800gm penne (direbus & ditoskan)
  • 450gm ikan sardin di dalam tin
  • 2 biji bawang besar – dimayang
  • 4 ulas bawang putih – dimayang
  • 4 biji tomato – dihiris
  • 3 biji cili merah – dipotong serong
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng dan menumis
  • Daun bawang secukupnya – dihiris (untuk hiasan)

Jom Cuba!

  1. Panaskan minyak tumis bawang besar, bawang putih, tomato dan cili merah sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan ikan sardin dan kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan penne dan gaul sebati.
  4. Akhir sekali, perasakan dan masukkan air asam jawa.
  5. Hiasi dengan daun bawang dan sedia untuk dimakan.

Monday, April 25, 2011

BEN CARI BLOG BARU LAH


Ni umi wajib tulis yer... 5 blog baru yang umi suka

  1. http://restlessbitch.blogspot.com/
  2. http://zalinzalina.blogspot.com/
  3. http://aidaryzal.blogspot.com/
  4. http://theinvisiblemommy.blogspot.com/
  5. http://sekepingbiskut.blogspot.com/

dan 5 blog lama yang umi suka jugak ..

  1. http://melurjelita.com/
  2. http://citeje.com/
  3. http://fromintankitchen.blogspot.com/
  4. http://hanamemories.blogspot.com/
  5. http://tiffinbiru.blogspot.com/

Umi dah vote Ben dan CMG, jadi yang lain bila lagi? Nak Vote Ben di sini, CMG di sini

Apa Dosa Mereka? Mereka kan Ahli Syurga...


Salah satu berita utama di Harian Metro ialah mengenai mayat seorang budak yang dijumpai dalam beg. Apa la dosa seorang budak yang baru sahaja setahun lebih hidup di dunia ini. Mereka kan Ahli Syurga dan amanah yang dikurniakan kepada ibu bapa. Sampainya hati buat macam tu..Ramai diluar sana yang terlalu inginkan cahaya mata tetapi yang diberi anugerah...mensia-siakan..umi bukan kata semua tapi sekarang ini semakin menjadi2..belum lagi cerita bayi2 yang dibuang terus sejurus dilahir kan..apa dosa mereka?

Pepatah kata melayu : Berani buat, berani tanggung tapi hakikatnya hanya berani buat tapi tak sanggup nak tanggung..kenapa masa berani buat tu...tak fikir habis2...sekarang ini zaman teknologi dan media canggih..banyak dipertontonkan akibat dari 'BERANI BUAT' ini tapi golongan tersebut seakan buta...seoleh tiada apa yang akan berlaku...renungkan la...di dunia mungkin terlepas...tapi di dunia selepas ini...Wallahualam

Doa perlindungan untuk anak-anak

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

Friday, April 22, 2011

Hadiah dari Blog Kisah Aku dan Kuih

Kali pertama hidup umi menang hadiah dari pertandingan di blog..blog yang umi maksudkan ialah Blog Kisah Aku dan Kuih....seorang tokey kuih yang baik hati dan suka berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menjual kuih..suka, duka, pahit dan manis...semuanya ada...bukan senang, nak senang kan? semangat yang kak zalina selalu beri pada umi menbuatkan umi bersemangat menjual cup cake dan kuih muih walaupun tak sehebat kak zalina...satu permulaan yang umi tak dapat lupakan pada bulan pertama hasil jualan hantar ke tempat2 orang ialah RM 50.00...alhamdulillah rezeki...ada juga kak zalina guide umi di facebook...Terima Kasih banyak2 kak zalina atas hadiah dan hadiah nasihat serta pandangan yang tidak semua orang boleh kongsikan..semoga persahabatan ini berkekalan..InsyaAllah...apa2 pun hadiah tu comel sangat..macam akak jugak...maintain comel..

p/s : nnt buat la pertandingan lagi, boleh umi masuk lagi..hehe


new looks of the blog

Thin Crust Pizza


Resepi ini umi ambil dari syahnina@myresipi.com sebab teringin nak makan piza yang nipis macam domino tu...disamping tu umi nak abiskan serba sedikit barang dalam esbok tu...satu resepi yang mudah dan kenyang...alhamdulillah, umi buat bekal suami, anak2 dan umi la...satu adunan boleh dapat 3 keping bersaiz 20cm diameter..untuk topping umi derhaka skit(sebenarnya malas, hehe)....ok la, mari tengok bahan2 yang diperlukan...

Jom Cuba : Thin Crust Pizza

Apa yang diperlukan? : 3 keping (20cm)

Doh:
  • 200gm tepung serbaguna, diayak
  • 4gm garam
  • 105ml air
  • 12gm mentega tanpa garam
  • Topping:
  • Crab stick dan sosej, dihiris
  • Daging kisar-umi tambah
  • Hirisan daging ayam - umi tambah
  • Jagung dalam tin - umi tambah
  • Bawang besar, dihiris
  • cendawan butang, capsicum, dihiris (umi tak letak sebab tak ada stok)
  • Keju mozzarella, diparut(umi ganti dengan Cheesedale je)
Sos bechamel:(umi cuma guna sos spageti kimball : Selasih dan Bawang putih)
  • 50gm mentega tanpa garam
  • 60 gm tepung, diayak
  • 1000ml fresh milk
  • 4gm garam

Jom Cuba!

  1. Untuk doh:
  2. Campur tepung, garam dan air ke dalam mangkuk dan uli hingga t ak lekat ditangan
  3. Masukkan mentega dan uli lagi sampai doh yang licin dan lembut terbentuk.
  4. Keluarkan doh dan sapu dengan sikit minyak masak. Bungkus doh dalam plastik selama 30 minit.
  5. Untuk sos berchamel
  6. Cairkan mentega dalam periuk atas api yang perlahan dan masukkan tepung. kacau dan masak hingga sebati.
  7. Tuangkan susu ke dalam periuk, pukul dengan whisker .
  8. Masukkan garam. Kacau dan masak sos hingga pekat. simpan dalam bekas bertutup.
  9. Sos ini boleh disimpan 3-4 hari dlm peti sejuk atau 4 minggu dalam freezer.
  10. Sapukan sos bechamel atas doh. (umi sapu sos spageti)
  11. Taburkan crab stick, sosej, bawang, capsicum, cendawan butang dan keju mozarella.
  12. Taburkan lada hitam jika suka dan bakar dalam oven 12-15 minit pada suhu 170-200 C. Nikmati piza ini semasa panas-panas.
  13. Cara umi : umi bakar dulu dalam 15 minit dalam oven yang telah dipanaskan (suhu 150C ikut oven umi), lepas tu keluarkan dan letak cheesedale, then bakar balik dalam 10 minit supaya cheesedale tak hangus)

Thursday, April 21, 2011

Unbaked Oreo Cheese Cake



Umi buat oreo cheese cake ni untuk anak babysitter anak2 umi (adik)..dia suka makan cheese cake..kesian la pulak, jadi umi cari la resepi cheese cake yang paling mudah dan tak payah bakar..lagi seronok kebetulan adik puasa..boleh dijadikan salah satu menu berbuka...nak sediakan kek ni amat mudah dan cepat...nikmat rasa bila cheese cake ni sampai ke tekak...ok la..jom tengok resepi dari kak zu..umi tak ingat kat mana resepi asal sebab dah lama ambil untuk jadi koleksi..minta ampun kak zu...

Jom Cuba : Unbaked Oreo Cheese Cake

Apa yang diperlukan?

Bahan dasar:

  • 200 gram oreo hancur (ada kat kedai bakery) / biskut digestive - hancurkan
  • 10 gram butter - cairkan

Gaul sebati serbuk biskut dengan butter. Ratakan dan tekan dalam springfoam, biar padat. sejukkan selama 20 minit dalam fridge. (macam gambar di bawah)

Bahan Filling:

  • 250 gm cream cheese
  • 1 sudu besar jus lemon(umi guna sunquik je)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk gelatin
  • 100 ml air panas
  • 200 ml whipping cream
  • 60 gram gula(umi guna gula castor)
  • 100 gram biskut oreo yang telah hancur

Jom Cuba!

  1. Pukul whipping cream dengan mixer pada kelajuan tinggi hingga kental. Ketepikan.
2. Tuang air panas di dalam bekas. kemuadian masukkan serbuk gelatin dan kacau hingga benar2 larut. Ketepikan. (jangan masukkan gelatin baru air panas, gelatin akan berketul)

3. Dalam bekas lain, pukul cream cheese dan gula hingga kembang.

4. Kemudian masukkan larutan gelatin dan jus lemon . Pukul lagi.

5. Masukkan whipping cream tadi, kacau secara kaup balik hingga sebati dan rata.

6. Masukkan pula biskut oreo yang telah hancur.

7. Tuang ke atas bahan dasar. Sejukkan dalam fridge semalaman. Hias dengan deco kegemaran.



Selamat Mencuba...

Tuesday, April 19, 2011

Pankek Strawberi & Sos Coklat


pankek ni umi buat untuk sarapan..resepi yang mudah dan sesuai untuk orang yang malas macam umi...lebih2 lagi hari cuti ujung minggu..sarapan yang ringkas tapi kenyang tau....fav. nazirah terutama bila makan dengan sos coklat Hasley tu...lagi la terangkat...hari ni hari malas umi so malas nak celoteh panjang2..jom tengok resepi pankek ni...

Jom Cuba : Pankek Strawberi

Apa yang Diperlukan?

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1 sudu besar minyak jagung/minyak masak
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 biji telur -cuci dulu
  • 1 sudu kecil strawberi emulco


Jom Cuba!

  1. Masukkan semua cecair ke dalam blender (santan, minyak dan telur). blend rata.
  2. Masukkan pula tepung dan garam. Blend sehingga sebati.
  3. Bahagikan kepada 1/3 bahagian (ditambah strawberi emulco) dan 2/3 bahagian, warna asal.
  4. Panaskan non-stick pan. corak kan bahagian berwarna ikut corak yang digemari. tapi bukan penuh.
  5. Lepas tu, tuang yang warna asal menutupi warna strawberi tadi.biar masak dan balik kan.
  6. Buat sehingga habis. Boleh makan bersama sos coklat harsley atau mengikut hiasan kegemaran seperti buah pisang.

licin nazirah makan, alhamdulillah

Saturday, April 16, 2011

Secret Recipe & Jalan2

Memandangkan bulan april ni secret recipe mengadakan promosi lunch, tea time dan dinner special, umi dan adik umi bercadang untuk makan2 di Secret Recipe di Mid-Valley Megamall... kami sanpai dalam pukul 3.30 petang, antara waktu luch dan tea-time..jadi untuk lunch, umi try secret recipe fried rice with satay, suami umi order - black pepper chicken rice, satu set kid's meal fish & chip untuk nazirah...adik umi order macaroni cheese dan husband dia order stew kambing dan roti (sebenarnya umi tak ingat nama menu)...

untuk cake pulak, umi order kek yang amat umi idamkan iaitu Chocolate Indulgence...sedapnya...tak terkata..nikmat terasa bila dah masuk ke dalam tekak...kalau tak fikir kolestrol yang ada..boleh telan sampai sebijik kek tu..sedap sangat2...Cheese Cake buat adik umi dan Brownies Walnut buat hubby dia...
Chocolate Indulgence (gambar kiri :umi ambil, kanan -ihsan dr web secret recipe)
Cheese Cake buat adik umi dan Brownies Walnut buat hubby dia...

Antara gambar yang sempat diambil, selebihnya..tiada(lapar sangat, tak dan nak amik)
Lepas kenyang, umi dan famili pun kena la bakar lelemak yang ada dengan berjalan2 di Jusco..seperti biasa, kami aim tempat mainan bebudak...sambil cuci mata..
antara gambar ahnaf dengan uncle Jol dia (sampai tak nak balik)

Nazirah, punya la susah nak ambil gambar..terlalu excited dengan mainan

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive