Thursday, March 31, 2011

Angel Hair Goreng Sardin


mungkin ada yang gelak bila dengar nama resepi ni..resepi ni sebenarnya resepi yang umi reka sendiri sebab tak tau nak bagi nama apa bila orang tanya...umi masak untuk bawa bekal..alkisah mee angel hair ni sebab mee kuning kehabisan stok dan wujudnya resepi ni sebab kemalasan melanda umi...jadi terhasil la angel hair goreng sardin ni...sesiapa nak cuba sila la...resepi yang mudah dan ringkas dan yang palin utama, sesuai untuk anak umi iaitu nazirah....

Jom Cuba : Angel Hair Goreng Sardin

Apa yang diperlukan?

  • 300 gram angel hair (direbus hingga lembut dan ditoskan) kalau tak ada, ,mee kuning pun boleh...
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 100 gram ayam (dipotong kecil)
  • 1 tin kecil sardin (dihancurkan)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1/2 tin kecil jagung biji
  • 5 ketul baby carrot (potong bulat)
  • sedikit garam
  • sedikit bawang goreng untuk ditabur
Jom Cuba!
  1. Tuang minyak dan biarkan minyak panas seketika.
  2. Bila minyak telah panas, masukkan bawang besar. biar hingga layu.
  3. Kemudian masukkan ayam dan baby carrot. goreng hingga masak.
  4. Masukkan sardin, sos cili, sos tomato dan jagung. buar masak sebentar. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air.
  5. Akhir sekali, masukkan angel hair dan sedikit garam mengikut citarasa.
  6. Bila hendak dihidang, taburkan bawang goreng.

STEAM SOFT BANANA CAKE


nama kek ni memang sesuai dengan sangat rasanya...makan pun 'steam' je..sedap, lembut dan rasa pisangnya..best...lagipun umi sekeluarga minat makan pisang....umi buat hari ahad yang lepas, kek ni banyak sangat untuk keluarga kecil umi, so umi bagilah jiran2 untuk dirasa...resepi asal kak ummi kuantan...ramai blogger dah cuba...umi pun tergoda bila tengok semua orang cuba..apa lagi? Jom cuba...

Gambar ni bahagian bawah kek yang kaya dengan pisang
Gambar ni plak bahagian atas kek (sila abaikan bahagian tengah2)

Jom Cuba: Steam Soft Banana Cake

Apa yang diperlukan?


Bahan A:-

200 gm pisang yang dilecek
1/8 sk. esen vanila
1 sk. soda bikarbonat
secubit garam

Bahan B:-
3 biji telor (saiz kecil) - akak guna gred B
100 gm gula perang
100 gm tepung hongkong (boleh tukar superfine)
1 sk. baking powder
65 gm minyak jagung
Bahan Lapisan Atas:-
2 biji telor
60 gm gula kastor
25 gm air
65 gm tepung hongkong (boleh tukar superfine/tepung pau)

Jom Cuba!
Cara-Cara (adunan bawah):-


  1. Campurkan semua bahan A, kacau sebati dan ketepikan.
  2. Kacau telor dengan gula menggunakan whisk hingga gebu (fluffy).
  3. Masukkan tepung dan baking powder dan adun hingga sebati. (akak ayak dulu tepung dan baking powder).
  4. Masukkan pula adunan pisang tadi dan diikuti dengan minyak jagung, kacau hingga adunan sebati.
  5. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Kukus selama 15 - 20 minit hingga adunan masak.
Untuk lapisan atas:-
  1. Kacau gula dengan telor dengan whisk hingga gebu.
  2. Masukkan air dan tepung dan kacau hingga betul-betul sebati. (kacau tepung perlahan-lahan).
  3. Tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah masak tadi dan kukus lagi selama 15 minit atau hingga kek masak.
  4. Hidangkan ketika suam-suam.

Famous Amos Chocolate Chip Cookies


apa yang umi nak cakap, biskut ni sedap sangat...kawan2 kat opis pun cakap sama...jom tengok resepi...

Jom Cuba: Famous Amos Chocolate Chip Cookies


Apa yang diperlukan? ( 1kilo cookies = 100 keping )


  • 1 cawan gula-hasue x letak
  • 1 cawan padat gula perang *- hasue tambah 2/3 cawan sebab guna coklat chips biasa
  • 1 cawan mentega (~150gm)
  • 1 cawan minyak
  • 1 telor
  • 1 sb susu segar-hasue guna susu sejat
  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 sk garam *
  • 1 sk cream of tartar
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
  • 1 sk vanilla extract
*hasue tambah sedikit serbuk koko

Jom Cuba!

1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain

Nota :
  1. Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang
  2. Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan
  3. utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

Wednesday, March 30, 2011

BEN ASHAARI BLOG : DECO DECO BENG BENG BOONG !


Umi nak join sebab baru belajar2 nak berblog, masih merangkak lagi...umi dah cunkan blog ni..ok umi link kan ke blog ben

Thursday, March 24, 2011

ANGGUNNYA WANITA BERHIJAB CONTEST


1. ade blog sendiri....jangan tumpang blog orang lain yer..hehe...
ada...

2. letakkan gambar cikyuz yang kat atas ni....xcomey pun,tapi letak je la kan..sebagai syarat : )
comel la cikyuz...

3. nak follow sayer atau x, terpulang...xpaksa...tapi susah sketla kalau xfollow, mcm mane nak tau update terbaru pasal contest ni kan....??name pemenang akan disiarkan selepas tamat contest ni..dalam blog ni jugak : )
dah lama umi follow cikyuz


4. letakla gambar korang bertudung

umi dah letak

5. cite sket sejarah pembabitan korang dalam bertudung ni..hehe....dan kenape korang bertudung? xde limitation jumlah perkataan.. :)
Sejarah bertudung dari sekolah rendah lagi sebab minat dan tengok semua orang bertudung, ibu cakap 'orang perempuan kena pakai tudung, baru cantik'. masa tu tak tau pasal lain kecuali dengar perkataan 'cantik', rasa seronok sebab tau kita kurang cantik.

2. tag 3 orang kawan2 korang untuk join contest ni....jangan lupe lak gtau diorang...

ok...umi tag kawan2 kat facebook dan masukkan link ke contest ni...
1. kak su
2. watie totie
3. nanie

Nazirah & Pulut Kuning..ulang tayang


Hai dah besar dah anak dara umi ni...kenapa? tengok la gambar2 kat atas ni...sibuk suruh umi ambil gambar dia..
nazirah : umi amik la gambar akak, akak pakai baju cantik ni
umi : ok, nak amik gambar kat mana?
nazirah : umi..akak nak gambar kat bunga ni..cantik
umi (dalam hati) : hai anak dara ni. yang dia tau 'cantik'...

malam tu umi buat pulut kuning lagi tapi makan dengan kari daging kisar, cepat dimasak dan cepat boleh makan..lebih pulut tu, umi buat bekal ke tempat keje...2 in 1...nak resepi pulut kuning kat sini...


untuk resepi kari daging kisar ada kat bawah ni..dari dapur CMG (asal)

Jom Cuba : Kari Daging Kisar

Apa yang diperlukan?
Bahan Utama:-

1 kg daging lembu
4 biji kentang, belah 4 setiap biji
1 batang lobak merah, dipotong baji
1 biji kelapa, diparut
1 1/2 camca besar kerisik
2 1/2 camca besat serbuk kari daging "Babas"
1 keping asam gelugor
1 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
8 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
10 - 15 biji cili padi
1 hirisan nipis lengkuas

Bahan2 Tumis:-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah kecil, dihiris halus
2 ulas bawang putih, dihiris halus

Jom Cuba!

  1. Hiris daging nipis, cuci dan toskan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 1 liter air, ramas dan perah untuk santan no.2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, dan tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga wangi. Masukkan rempah kari daging, gaul rata dan tanbah sedikit air. Goreng rempah hingga pecah minyak. Masukkan daging dan gaul rata, biar 5 minit hingga daging kecut dengan rempah.
  3. Tuang santan cair dan biarkan mendidih dengan api sederhana hingga daging 3/4 empuk. Masukkan lobak merah, kentang dan kerisik. Masak hingga kentang dan lobak empuk, baru ditambah dengan asam gelugor. Biar mendidih.
  4. Tuang santan no.1 dan perasakan dengan garam dan gula melaka. Kacau perlahan dan biar mendidih pada api perlahan. Rasa kuahnya, jika ok, boleh dimatikan api dan hidangkan bersama nasi impit, roti jala, roti canai atau apa2 jelah yang anda gemari....

Saturday, March 19, 2011

JM Beriani Gombak


Dah lama rasanya tak makan2 kat JM Beriani, pucuk dicita ulam mendatang la bila suami umi offer nak belanja makan...lagi best sebab JM Beriani ni dah buka satu cawangan di taman seri gombak...asalnya nak makan di ani sup utara tapi tak ada rezeki nak makan sup...cantik dan kemas...lebih syok makan dalam hujan renyai2 ni...
Apa yang kami order? ha..umi dan suami order nasi beriani ayam goreng 2 set, tauhu bakar dan air milo panas dan milo ais..anak2 umi pun suka sangat...macam2 aksi ada, tapi kami yang paling bising..malu jugak tapi nak buat macam mana..budak2 kan...

....ni la gambar2 yang dapat umi snapkan semasa makan tu....
ok la kami dah habis makan..alhamdulillah rezaki hari ini...masa untuk pulang..InsyaAllah ada rezeki nak datang lagi...double thumb up buat JM Beriani atas layanan yang cemerlang.

Friday, March 18, 2011

Seri Muka @ Pulut Serikaya


umi buat kuih ni atas permintaan dari akak di opis yang cakap, makcik yang selalu jual kuih ni dah lama tak menjual..so umi pun cuba la buat..1st time, berdebar pun ada sebab takut tak jadi..alhamdulillah bila umi bawa bekal kuih ni di opis, akak tu kata 'kuih ni menjadi'..seronok dapat buat apa yang diminta...tak yah celoteh panjang...jom tgk resepi yang umi ambil dari CMG pakar dalam masakan tu...


Jom Cuba : Seri Muka @Pulut Serikaya

Apa yang diperlukan?

BAHAN LAPISAN BAWAH :
  • 2 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca besar minyak makan

BAHAN LAPISAN ATAS :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 camca besar tepung jagung
  • 1 camca besar tepung beras
  • 3/4 cawan gula melaka, potong kecil*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1 helai daun pandan, disimpul*
  • 1 cawan air* (*dimasak hingga gula larut, tapis dan sejukkan, buang daun pandan)
  • 2 biji telur
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 sk garam
  • Sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)


Jom Cuba!

  1. UNTUK LAPISAN BAWAH :- Cuci beras pulut, rendam 20 minit dan toskan. Sementara itu panaskan kukusan, alas tin bulat berukuran 10 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Masukkan pulut dan ratakan. Satukan garam bersama santan, kacau rata dan tuang ke dalam pulut. Masukkan minyak masak, kacau sedikit biar rata dan letak sehelai daun panda. Kukus selama 20 minit - 30 minit (mat kukus 25 minit).
  2. UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau rata dengan whisk atau blender hingga sebati. Tapis adunan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi sedikit pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERIKAYA :- Pulut tadi, ditekan hingga padat, ratakan. Kemudian tuang lapisan atasnya, ratakan dan sambung mengukus selama 20 - 25 minit dengan api sederhana. Pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong. Mat guna kaedah menutup permukaan tin dengan tudung periuk semasa mengukus

Apam Dot Dot


Mesti ramai yang dah tau dan buat apam ni kan...umi cemburu tengok orang lain buat..so dengan penuh keinginan merasa apam ni dengan filing blueberry, fav. umi..banyak baca bismillah sebab takut tak jadi..akhirnya alhamdulillah...rasanya lain skit tapi mantap dengan blueberry filling tu...ramai juga yang umi tengok buat bisnes jual apam dot dot ni..apa lagi? jom tengok resepi...resepi asal kat sini

Jom Cuba : Apam Dot Dot

Apa yang diperlukan?
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna yang disukai


Jom Cuba!

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  1. Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  2. Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
Siap dah apam dot dot untuk dijual....

Thursday, March 17, 2011

GA Just For Fun 2

Umi nak cuba nasib dan mana la tahu kalau boleh menang....wish me luck

All this for one lucky follower...of Kelly


ha kalau nak hadiah2 yang menawan kalbu ni, jom join di
Pink Shopaholic World ( http://pinkshopaholicworld.blogspot.com/ )
syaratnya mudah : mesti follow dua2 blog ya:)

GIVEAWAY WARNA-WARNA PELANGI


Ok la untuk warna-warna pelangi, umi nak kongsikan hadiah dari kawan opis yang dah pun bertukar kerja memandangkan jawatan yang baru adalah jawatan tetap. hadiah ini diberi masa balik dari bercuti bulan madu di pulau pangkor dan sempena hari lahir umi pada tahun lepas. hadiahnya ialah keychain yang warnanya warna pelangi...

Kenapa umi dihadiahkan keychain? jawapannya sebab umi suka kumpul atau koleksi keychain di opis. kebanyakan keychain adalah hadiah dari keluarga atau kawan-kawan. kawan umi cakap, hadiah yang paling mudah untuk umi dan murah..tanda ingatan. ada juga kawan yang mengusik cakap, tunggu habis projek, nampaknya penuh la dinding umi dengan keychain..hehehe...gambar kat bawah adalah antara koleksi keychain yang umi ada.


Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie. com




Tuliskan kategori : Kategori Perempuan
Nama anak : Siti Khairatul Nazirah binti Mohd Khairolden
Umur anak : 2 Tahun 8 bulan

Skema je kan gaya nazirah ni..macam nak nasyid plak...
Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie.com ditaja oleh:


Diaper Cakes by ShilaShower




Wednesday, March 16, 2011

Simple Cheese Cake


Nampak sedap kan?..hmmmm...rasanya memang sedap..buat skit je sebab 1st time buat..alhamdulillah, menjadi..resepi yang simple dan sedap. apatah lagi makan dengan blueberry filling..budak kat opis kata macam makan kat kedai...dia minta resepi..ha...jom tengok resepinya oleh biduri dari Myresepi.com..

Jom Cuba : Simple Cheese Cake

Apa yang diperlukan?( 18 cm )
  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon(umi tak letak)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Jom Cuba!

  1. Panaskan oven 170 degree. (oven umi kecik, so 150 darjah je). Sapukan loyang dengan butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream.
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
Nota : Sedap makan dengan blueberry atau strawbery filling. Gambar kat bawah adalah cheese cake yang belum topping.


Tuesday, March 15, 2011

Slice Cheese Cake



Lagi satu hindangan minum petang untuk suami dan anak2...1st time buat...selawat banyak2 masa buat sebab seram baca komen kat sini, ramai yang kata tak jadi...umi tawakal je...alhamdulillah, jadi kot sebab tak pernah rasa tapi suami cakap sedap dan mintak untuk buat lagi, rasa seronok dan semangat nak buat lagi...kek ni saya topping kan dengan strawbei filling...anak umi yang umur lapan bulan tu pun, seronok bila disuap kek ni...gambar yang kat bawah ni kek yang dah dipotong tanpa filling dan kek umi rendah sebab nak bagi senang nazirah makan...kalau nak resepi, jom salin ya...(resepi asal di sini) oleh onigiri

Jom Cuba : Slice Cheese Cake

Apa yang diperlukan?
  • 4-5 keping slice cheese yang warna putih (umi guna 70gm cream cheese yang telah dibiar suhu bilik selama 1jam)
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Jom Cuba!

  1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Asingkan putih telur dan kuning telur.
  5. Pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  6. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  8. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata.
  9. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  10. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.(umi turunkan suhu kepada 150 darjah, then turun lagi 130 darjah sebab oven kecik je)
  11. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. Kek ini lembut dan ringan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers