Images

Cup cake coklat mable


Cup cake ni umi buat untuk dijual. bahan2nya mudah dan proses penyediaannya pun cepat....sesuai la untuk orang dapur yang berkerja macam umi ni....umi jual cup cake ni RM 1.20...jangan risau, harga boleh dirunding....penerangan gambar adalah seperti di bawah...
1. Gambar cup cake sebelum dibakar

2. Gambar cup cake sedang dibakar

3. Hasilnya...nak tau sedap ke tak...kena tempah la..hehehe
Images

Biskut Jem Strawberi


umi nak mintak ampun la pada yang empunya resepi sebab umi dah olah sikit resepi ni..dek kerana nak cepat bawa balik kampung, umi tak sempat nak letak jem strawberi...so yang simple, letak la gula yang bentuk luv tu..nazirah paling suka makan gula tu..yang lebihnya disumbat ke dalam mulut umi dia..ish...ish..ish

Jom Cuba : Biskut Jem Strawberi



Apa yang diperlukan?
  • 115g butter
  • 50g gula custor
  • 170g tepung gandum
  • Jam strawberry secukupnyer - jika jam warna pucat tambahkan sedikit pewarna merah (umi tak letak tp gantikan dengan gula hiasan)

Jom Cuba!

  1. Pukul butter dan gula hingga ringan dan kembang.
  2. Ayak tepung dan masukkan. Uli hingga menjadi doh.
  3. Bulat2kan kecil anggaran sebiji limau calamansi. Leperkan sedikit dan tekan tengah utk membuat lubang. (hana guna belakang sudu mangkuk kecil). Masukkan jem. (umi bubuh gula hiasan)
  4. Panaskan oven suhu 180. bakar selama 12min atau hingga keperangan.
  5. Angkat dan sejukkan di atas redai.
















Images

Ribena Rambutan

Air RR (ribena rambutan), sedapnya minum masa musim panas ni...air yang sangat mudah bila balik kerja, cepat umi hidang buat suami dicintai dan anak2 disayangi...kenapa 'dicintai'? sebab ada orang lama cakap kat umi kalau 'ter' maknanya tak sengaja cinta la..pikir2 balik..ada logiknya....haus la tekak, jemput minum ya...
Images

Piza

mmmm...nyum2 jemput makan piza ya...suami umi cakap ok la..ada rasa..ini pun kali kedua buat piza baru boleh upload..first time dulu, tak sempat nak snap dah selamat masuk ke dalam perut...ye la masa tu buat untuk breakfast...perut pun dah keroncong..tambah pulak makan masa panas2..apa lagi? tau2 je la kan...

ini gambar yang umi snap sebelum piza tu umi bakar..buat untuk dinner..resepi umi ambil dari myresepi.com tapi tak ingat resepi siapa sebab tak tau bila nak buat cuma dah lama mengidam..macam orang ada isi plak kan?..ish jauh lagi tu...gambar piza yang dalam pinggan tu di'edit' ikut versi malam sebab buat untuk dinner, jadi ikut suasana la kan...buat semasa temankan suami buat kerja..sambil tu boleh makan2...dua kerja dalam satu masa....

ok resepi ni adalah resepi dari kak.jun@yummylicious...piza ni adalah piza thin crust untuk sesiapa yang gemarkan base piza yang nipis..sedap, jomtengok resepinya...

Jom cuba : Pizza Thin Crust

Apa yang diperlukan?
  • 2-3 cawan tepung gandum @ roti
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar gula
  • 1.5 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar olive oil
  • 2 sudu besar cuka apple
  • 1 sudu kecil oregano - yg nih hana tambah (umi tak letak)

Jom Cuba!

  1. Satukan air, gula dan yis.
  2. Biarkan kembang dalam 10minit @ lebih.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan 2 cawan tepung, cuka, garam dan minyak. Kacau sebati.
  4. Masukkan air yis tadi sedikit demi sedikit dan uli hingga tak lekat di tangan.
  5. Jika lembik tambahkan sedikit tepung lagi.
  6. Tutup doh dengan kain lembab@plastic wrap dan perap hingga naik 2 kali ganda.
  7. Tumbuk2kan doh.
  8. Bahagikan kepada dua bahagian. Canai.
  9. Sapukan dengan sos pizza, filling kegemaran dan taburkan cheese.
  10. Bakar 180 selama 15-18min.





Images

Cup Cake Oren

Cup cake ini umi buat untuk tempahan kawan umi (budak opis)....tapi rezeki tetamu agaknya...masa tengah bakar, ada jiran yang bertandang....sembang punya sembang sampai tak sedar, habis semua cup cake oren ni...seronok sangat...tak pe...nanti umi buat lagi...yang nazirah pula lebih berminat bentuk 'love' ditengah-tengah tu...macam-macam kan budak-budak ni...





ini pula gambar isi dalam cup cake umi iaitu kulit limau...baru terasa limaunya...









mmm...cup cake ni dah siap untuk dibakar....amacam ok tak? yang dalam kotak tu untuk tempahan...
Images

Apam Mekar


Apam mekar ni umi sebab rasa tertarik dengan resepi dari salah satu blogger yang menarik...kak ita punya blog memang menyelerakan...rugi rasa kalau tak cuba..tapi apam umi tak la secantik kak ita..apa pun terima kasih kak ita sebab sudi nak kongsi resepi dengan orang baru macam umi ni...

untuk apam ni umi pilih warna merah, kuning dan hijau...harap-harap nampak menarik...alhamdulillah suami umi puji..kawan-kawan opis pun puji jugak...so lepas ni sapa nak tempah boleh la ya...


Bagi sesiapa yang tak boleh view resepi dari link kat atas, boleh la semak sini ya...

Jom Cuba : Apam Mekar


Apa yang diperlukan?

  • 250 gm tepung gandum
  • 230 gm gula castor
  • 2 biji telur
  • 1 cwn aiskrim soda (minuman bikarbonat)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh ovalette
  • sedikit pewarna kegemaran

Jom cuba!
  1. Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallete hingga kembang.
  2. Masukkan tepung dan aiskrim soda secara berselang-seli.
  3. Setelah sebati bahagi kan kepada beberapa mangkuk dan warnakan mengikut citarasa.
  4. Masukkan dalam cup cake dan kukus selama 15 minit.

Nota (dari kak ita) : Pastikan kukus telah betul2 panas dan airnya telah mendidih barulah dikukus supaya apamnyer nanti cantik dan mekar.
(dari saya : kalau nak kembangnya cantik di tengah2, jika guna kukus yang berlubang2 tu, letak apam betul2 di tengah lubang)
Images

Happy Birthday Beloved Sister


Happy Birthday My Beloved Sister Khairani..Wish All Your Dream Comes True...May Allah Bless U Always
Images

Lepat pisang


Ha ini minum petang yang umi buat sebab teruja tengok dari dapur kak ita...suami tanya 'kuih apa ni yang? rasa macam pernah makan tapi bentuk lain.' ini adalah hasil kreativiti kak ita..umi cuma ikut je...jawapannya ialah lepat pisang...comel kan hasil dia..eh...terpuji plak...apa pun kalau nak resepi boleh la tengok kat sini..sedap tau..kalau dah cuba, mesti nak lagi...apa lagi?..cubalah

kalau tak dapat dari link tu, umi salin di sini ya....selamat mencuba


Jom Cuba : Lepat Pisang


Apa yang diperlukan?

  • 2 cwn pisang dilenyek
  • 2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan
  • 1/2 cwn gula pasir
  • secubit garam
  • 2 sudu tepung kastard - kak ita tambah sebab ita buat dlm acu
  • 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnyer sahaja
  • Daun pisang secukupnyer untuk membungkus

Jom Cuba!

  1. Pisang masak dilenyek hingga lumat.
  2. Setelah itu masukkan gula pasir.
  3. Gaul sehingga gula sebati.
  4. Kemudian masukkan tepung ke dlm adunan pisang bersama2 kelapa parut dan secubit garam.
  5. Tuangkan santan dan gaulkan sehingga adunan sebati dan rata.
  6. Sendukkan adunan lebih kurang 2 atau 3 sudu makan diatas daun kemudian bungkuslah kemas2.
  7. Buat begini sehingga selesai semuanyer.
  8. Setelah itu bolehlah dikukus hingga masak.

Cara kak ita?

  1. Kalau cara ita, yg nak cepat dan ringkas ni... ita masukkan semua bahan dlm blender kemudian terrrrrr.... siap!
  2. Pas tu ambil acu leserkan dgn minyak.
  3. Masukkan 3/4 acuan.
  4. Potongkan pisang sepanjang 1 cm letakkan ditengah2 acuan kemudian bolehlah dikukus. (Anggaran masa mengukus antara 15-20 minit.)

Images

Aiskrim jagung


Amacam sedap tak nampak aiskrim jagung ni? aiskrim ni umi buat masa malam sebelum maulidur rasul sebab esok suami umi akan pergi berbaris pagi2 lagi...pastu, balik mesti rasa haus dan panas sangat...so ini la umi buat supaya sejuk je hati suami bila sampai ke rumah...semoga ia bukan saja sejukkan kan rasa tekak tapi biar umi jadi penyejuk mata suami jua...amin

Jom Cuba : Aiskrim Jagung

Apa yang Diperlukan?

  • ½ cwn susu cair (boleh tambah ikut selera)
  • ½ cwn susu pekat manis (boleh tambah ikut selera)
  • 2 sudu besar gula (boleh tambah ikut selera)
  • sedikit air (jangan terlalu banyak sebab dah banyak cecair)
  • 1 tin kecil jagung dlm tin (jenis krim)

Jom Cuba!

  1. Masukkan susu cair, susu pekat manis, gula dan air dalam periuk.
  2. Masak hingga didih.
  3. Masukkan jagung jenis krim. Biar didih sebentar.
  4. Tutup api . Biarkan sejuk.
  5. Sediakan acuan kegemaran dan tuangkan cecair jagungyang telah disejukkan tadi.
  6. Masukkan ke dalam peti ais hingga beku.
Nota : suami umi suka makan dengan sos coklat, kekacang atau pisang...sedap..habis licin...
Images

Apam coklat

Apam coklat yang montel semontel tuannya iaitu umi...hehe..ini satu lagi resepi dari kak ita...apam kak ita cantik je..comel dan menyelerakan...tapi umi punya..entah la montel plak..hehe...yang bintang2 tu umi tanbah supaya menarik untuk nazirah...abis dia makan..lebih seronok makan dengan abi dia dan ahnaf...ahnaf boleh makan sebab apam ni lembut sangat...ahnaf yang ada gigi 2 batang je pun boleh makan...so apam ni sesuai la untuk warga emas yang paham2 je la..jangan kecil hati ya....resepi asal boleh ambil di sini kalau terasa nak buat...tapi kalau nak tempah dengan umi pun boleh..bisa diatur...

kalau tak dapat resepi asal, umi tampalkan kat sini ya...

Jom Cuba : Apam Coklat


Apa yang Diperlukan?
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 1/2 cwn air
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Jom Cuba!

  1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
  2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
  3. Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
Nota : Sedap dimakan panas2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers